Rabu, 19 Jun 2013

Yang Penting Untuk MIC Ialah Jawatan

Bilakah Kerajaan BN akan menunaikan janji memberikan peruntukan untuk SJKT Gunung Rapat? Perkara ini telah saya bangkitkan berpuluh-puluh kali tetapi kerajaan BN tidak mahu menjawab soalan-soalan saya berhubung dengan isu sekolah ini. Sudah 3 tahun janji dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Little India Ipoh. Beliau berjanji akan memberi peruntukan RM2.5 juta untuk membina bangunan baru untuk SJKT Gunung Rapat.

MIC begitu bangga mengeluarkan kenyataan media bahawa mereka telah berjaya mendapatkan bantuan itu daripada Timbalan Perdana Menteri. Sehingga hari ini wang peruntukan itu tidak sampai-sampai lagi. Tetapi, MIC pula tidak berani membuka mulut untuk menanyakan tentang peruntukan yang dijanjikan itu. MIC adalah satu parti yang tidak mempunyai prinsip perjuangan yang sejati. Yang penting untuk pemimpin-pemimpin MIC ialah jawatan. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk jawatan, pangkat dan pingat. Perjuangan sebenar untuk kebajikan kaum India sudah lama dilupakan oleh mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan