Isnin, 17 Jun 2013
Mana RM2.5 Juta Yang Dijanjikan Untuk SJKT Gunung Rapat?
Kerajaan BN sudah lupa janji yang diberikan kepada SJKT Gunung Rapat. Ini merupakan satu lagi bukti sekolah-sekolah Tamil dianak tirikan oleh BN. SJKT Gunung Rapat dijanjikan RM2.5 juta untuk pembinaan bangunan sekolah di tapak baru oleh Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada tahun 2010. Setakat ini peruntukan yang dijanjikan itu masih belum diterima lagi. Adakah ini merupakan satu lagi janji pilihanraya yang tidak akan ditunaikan oleh BN? Selepas satu pilihanraya perkara yang dijanjikan itu akan sengaja dilupakan sehingga pilihanraya akan datang. Inilah gaya pemerintahan BN selama ini. Adakah gaya yang sama akan diikuti oleh BN selepas melihat prestasi buruk dalam PRU13? BN mungkin pura-pura lupa janji RM2.5 juta untuk SJKT Gunung Rapat. Tetapi, saya akan sentiasa mengingatkan BN mengenai janji-janji yang dibuat sebelum PRU13.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan