Cubitan Infasi sudah mula dirasai oleh rakyat Malaysia. Setiap kali keluar untuk membeli barangan, kita dikejutkan dengan harga baru yang lebih tinggi. Rakyat terperangkap dalam bakul inflasi selepas PRU13. Kerajaan tidak akan mempedulikan masalah ini kerana pilihanraya sudah pun dimenanginya dengan tipu muslihat. Kerajaan tidak mengambil apa-apa tindakan untuk mengawal inflasi yang sudah mula merayap. Rakyat sekali lagi akan menjadi mangsa ekonomi yang semakin menekan.
BR1M RM500 bukanlah penyelesaian. Meningkat kuasa beli rakyat sekali sekala tidak akan meringankan beban rakyat dalam jangka masa panjang. Pemberian seperti ini tidak boleh membantu meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesan yang lebih terjamin dan benar-benar diharapkan oleh rakyat jelata ialah pengawalan harga barangan. Tidak ada gunanya memberi BR1M dan kemudian harga barang-barang terus meningkat. Pemberian RM500 sebagai BR1M bukanlah bertujuan menyelesaikan masalah ekonomi rakyat. Matlamat utama BR1M adalah bertujuan politik iaitu mempengaruhi rakyat jelata menyokong BN.
Nilai RM50 bukanlah sama dengan RM50 lima tahun lalu. Walaupun nilai muka adalah sama iaitu RM50 tetapi nilai senenarnya adalah kurang daripada RM50. Kemampuan RM50 adalah lebih rendah sekarang jika berbanding dengan 5 tahun yang lepas. Ini menjadikan seseorang itu menjadi semakin miskin walaupun tidak terdapat perubahan dalam jumlah pendapatan.
Rakyat yang mengundi BN dlm PRU13 telah membuat satu kesilapan besar. Rakyat telah diperdayakan oleh BN melalui projek B1RM. Ramai juga yang termakan rasuah itu mengundi BN dalam RU13. Tetapi, BR1M tidak boleh menyelesikan masalah ekonomi rakyat yang sebenar. BR1M tidak dapat menandingi kekuatan inflasi dalam negara. Dalam keadaan itu rakyatlah mengalami kerugian besar.
V. Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah
Harga getah di tempat kami jatuh kini tinggal RM2 ringgit lebih je..
BalasPadamapa yg nak dirungutkan.semuanya dah hancur dr fikiran yang penuh dgn duniawi. tak mau senang masa depan.sbb tu la tangan2 yg tak beranggungjawab memangkah be end.la ni apa dah jadi.
BalasPadam