Rabu, 24 Oktober 2012

“MCA JANGAN BERMAIN API AGAMA”




KENYATAAN AKHBAR 

PAKATAN RAKYAT PERAK

“MCA JANGAN BERMAIN API AGAMA”






Pakatan Rakyat Perak dengan tegas mengutuk tindakan MCA yang sejak beberapa minggu yang lepas mengeluarkan pelbagai kenyataan mengenai hal-ehwal peraturan-peraturan dan hukum-hakam Islam.

Pada 21/10/12 semasa Perhimpunan MCA ke-59 di Kuala Lumpur, kenyataan-kenyataan berikut telah dilafazkan oleh Presiden MCA dan Ketua Pemuda MCA :

                            i.      DAP menipu masyarakat Cina tentang kebaikan hudud

                           ii.      Hudud yang diperjuangkan oleh PAS adalah palsu. MCA tidak menentang Islam dan Hudud. MCA hanya menentang Hudud PAS

                         iii.       Negara yang melaksanakan Hudud adalah mundur dan berleluasa amalan rasuah

                          iv.             Perjuangan PAS menegakkan peraturan Islam adalah tindakan membawa rakyat Malaysia kembali ke zaman gelap

                            v.      Perlaksanaan syariat Islam seperti yang diperjuangkan PAS akan menyebabkan Malaysia kehilangan pelabur asing dan menyebabkan ramai rakyat hilang pekerjaan

                          vi.             PAS menggalakkan wanita bukan Islam dirogol

Berikut adalah pendirian Pakatan rakyat Perak tentang isu-isu dan tindakan-tindakan MCA mengeluarkan kenyataan-kenyataan tersebut :

                     i.                      Negara ini  mempunyai penduduk pelbagai kaum dan agama. Kami menjunjung tinggi peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang menerima Islam sebagai agama persekutuan dan semua agama lain diiktiraf boleh diamalkan secara harmoni.

                   ii.                      Agama Islam adalah agama yang merangkumi segala aspek kehidupan seperti ibadah, mualamah, politik dan juga peraturan jenayah


                 iii.                     Menuduh PAS mencipta ‘Hukum Hudud PAS’ dan menuduh bahawa ‘Hukum Hudud PAS’ adalah bukan yang sebenar daripada Islam juga mempunyai maksud bahawa PAS berpegang dengan ajaran Islam yang salah. Ini bermaksud ahli-ahli PAS adalah pengamal ajaran Islam yang sesat. Siapakah MCA untuk menentukan mana satu ajaran Islam yang benar atau yang salah? Adakah dalam MCA ada ulama-ulama Islam yang mahir dalam hukum-hakam Islam?

                  iv.                     Ini bermaksud kenyataan MCA tersebut telah menceroboh masuk ke dalam urusan hal-ehwal agama Islam yang mereka jahil tetapi berlagak pandai. Perbuatan tersebut sangat menyentuh sensitiviti umat Islam dan berpotensi menyebabkan ketegangan kaum dan agama.

                    v.                     MCA tidak wajar mencari pengarah politik di kalangan orang CIna dengan menghina peraturan-peraturan Islam dan menghina PAS. Tuduhan MCA bahawa  DAP menipu orang Cina tentang Hudud juga adalah keterlaluan kerana keberadaan DAP di dalam Pakatan Rakyat tiada kaitan dengan perlaksanaan hudud. Pakatan Rakyat berpegang kepada Agenda Bersama iaitu mempertahankan peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan yang memang menjadi pegangan semua rakyat Malaysia.

                  vi.                      Semua parti-parti politik mempunyai ideologi masing-masing dan berhak memperjuangkan ideologi masing-masing tersebut dalam batas undang-undang Negara. Namun tidak wajar bagi mana-mana parti mempersenda dan menghina ideologi parti-parti musuh lebih-lebih lagi yang berkaitan agama.

                 vii.                    MCA didesak untuk meminta maaf kepada seluruh penganut agama Islam atas keterlanjuran mereka dan jangan sekali-kali mengulang perbuatan jahat tersebut.

               viii.                    UMNO dituntut lebih tegas mengawal tindakan MCA dan tidak sepatutnya membisu membiarkan serangan MCA terhadap Islam



Kenyataan daripada,

DR HJ KHAIRUDDIN BIN ABDUL MALIK
Setiausaha
Pakatan Rakyat Perak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan