Rabu, 4 Julai 2012

Jangan Bermain Dengan Nyawa Murid-murid SJKT Sabak Bernam



Jangan Bermain Dengan Nyawa Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam

Murid-murid SJKT Ladang Sabak Bernam tidak pergi ke sekolah selama 24 hari. Ibubapa masih menunggu untuk satu keputusan yang baik daripada pihak kerajaan. Kementerian Pelajaran harus campurtangan dan selesaikan masalah sekolah ini dengan segera. Ibubapa tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana bahaya kabel elektrik atas 33KV yang perlu dilalui oleh anak-anak mereka berhampiran pintu masuk ke sekolah tersebut. 

Pihak Pejabat  Pelajaran Daerah Sabak Bernam mengetahui masalah ini tetapi tidak mahu mengambil sebarang tindakan yang munasabah.  Sikap kecuaian pihak kerajaan dalam hal ini menimbulkan kemarahan ibubapa yang risau tentang keselamatan anak-anak mereka. Kenapakah pihak Pejabat Pelajaran Daerah tidak mahu mengambil sebarang tindakan untuk  membantu ibubapa ini? Adakah mereka takut kepada segelintir pemimpin-pemimpin MIC yang mahu sekolah itu dikekalkan di tapak baru yang bahaya itu?

Ibubapa takut untuk menghantar anak-anak mereka ke bangunan tambahan SJKT Ladang Sabak Bernam kerana pernah berlaku 3 peristiwa ngeri di bawah kabel elektrik itu:


1) Seorang rakyat Indonesia dikatakan mati kerana terkena renjatan elektrik sewaktu projek pembinaan sekolah,


2)  Seorang rakyat Bangladesh pernah dicampak kerana renjatan elektrik di bawah kabel itu, dan


3)  Tiga ekor lembu mati di bawah kabel itu dipercayai terkena renjatan elektrik

Kesemua peristiwa itu membuat ibubapa cukup bimbang tentang keselamatan anak-anak mereka. Sudah pasti setiap ibubapa yang sayangkan anak-anak mereka tidak akan mengambil risiko sedemikian. Tetapi, pihak kerajaan  Barisan Nasional tidak mempedulikan nyawa anak-anak kecil ini.

1 ulasan:

  1. Di mana slogan Rakyat didahulukan?

    BalasPadam