Rabu, 1 September 2010

Jalan Bota Perlu Dinaik Taraf Untuk Keselamatan Penduduk Tronoh


Kenyataan Media YB V.Sivakumar, ADUN Tronoh pada 1 September 2010


Jalan Bota Perlu Dinaik Taraf Untuk Keselamatan & Kesejahteraan Penduduk Tronoh


Jalan Bota merupakan jalan utama Ipoh-Bota pada satu masa dahulu. Jalan itu wujud sejak mulanya pekan Tronoh iaitu sebelum terdapatnya aktiviti perlombongan yang giat di kawasan tersebut. Pada penghujung tahun 60an jalan baru telah dibina dari Pusing ke Bota. Jalan itu kemudian menjadi jalan utama dari Jelapang ke Lumut. Oleh itu, Jalan Bota tidak lagi menjadi jalan utama Jelapang – Lumut pada masa ini. Walau bagaimanapun, Jalan Bota merupakan jalan penting di dalam Pekan Tronoh sehingga ke hari ini.


Jalan ini menghubungi Pekan Tronoh dengan Lebuhraya Ipoh-Lumut. Penduduk Tronoh menggunakan jalan ini untuk memasuki Lebuhraya Ipoh – Lumut. Bilangan kenderaan yang menggunakan jalan ini juga kian meningkat. Tambahan pula terletak 3 buah sekolah di sepanjang jalan tersebut. Sekolah-sekolah itu ialah SK Tronoh, SJK(C) Chung San dan SJK (T) Tronoh. Selain daripada itu, terdapat sebuah tokong Sikh dan Kuil Hindu disamping Jalan tersebut. Jalan ini juga merupakan pintas ke 2 buah taman perumahan di Tronoh.


Memandangkan penggunaan yang meluas, Jalan Bota ini perlu dilebarkan lagi. Didapati jalan tersebut agak sempit terutamanya pada waktu sebelum sekolah bermula dan selepas sekolah tamat. Ibubapa dan bas sekolah menggunakan jalan ini untuk mengambil dan menurunkan murid-murid di sekolah-sekolah tersebut. Ramai juga murid-murid sekolah berbasikal di Jalan Bota ini. Pada masa yang sama penduduk-penduduk dari Taman Bali Emas, Tronoh Mines dan Taman Tasek Putra menggunakan jalan ini untuk memasuki pasar awam dan Pekan Tronoh. Pelajar-pelajar Universiti Petronas juga menggunakan Jalan Bota untuk pergi ke gerai-gerai makanan di Pekan Tronoh.


Keadaan ini menimbulkan bahaya keselamatan jalanraya terutamanya kepada kanak-kanak sekolah yang menggunakan jalan ini pada tiap-tiap hari. Banyak kemalangan juga pernah berlaku di jalan tersebut. Ramai juga dikalangan ibubapa pernah mengadu kepada saya mengenai soal keselamatan anak-anak mereka yang menggunakan jalan ini untuk pergi ke sekolah. Oleh yang demikian tindakan perlu diambil oleh pihak JKR untuk mengatasi masalah ini.


Dalam Persidangan Dewan Negeri yang lepas iaitu pada 3 Ogos, satu soalan bertulis telah dikemukakan oleh pihak saya mengenai Jalan Bota ini. Soalan tersebut meminta JKR Perak samada mempunyai niat untuk melebarkan Jalan Bota dihadapan SK Tronoh, SJK(C) Chung San dan SJK(T) Tronoh. Pihak JKR telah menjawab bahawa pihaknya mempunyai cadangan untuk melebarkan Jalan Bota tersebut dan kerja pembinaan dijangka akan dimulakan pada bulan September 2010.


Saya sungguh mengharapkan pihak JKR akan memulakan kerja-kerja naik taraf Jalan Bota ini secepat yang mungkin demi keselamatan dan kesejahteraan semua pengguna-pengguna jalan tersebut.

3 ulasan:

  1. Jalan tersebut di bawah seliaan JKR Kinta.Jkr Perak Tengah mempunyai sempadan setakat taman maju.Dulu memang di bawah JKr Perak Tengah.Sekian dimaklumkan

    BalasPadam
  2. lagik 9 hari sebelum oktober,habuk pun tarak

    BalasPadam
  3. MAAF AKU NAK CERITA FASAL JALAN KUALA KANGSAR MANONG DAN SIMPANG TIGA NI. TAK JAUH JUGA DARI PERAK TENGAH. MINTA-MINTA WAKIL RAKYAT WAKIL RAKYAT YANG TERMAKAN CILI AKAN TERCIRIT MEMBACA KOMEN NI.
    MEMANG JALAN NI MERBAHAYA KEPADA PENDUDUK KAMPONG YANG KEBANYAKANNYA ADALAH ORANG MELAYU. DIPEKAN JERLUN MANONG SAHAJA ADA BANGSA LAIN. BESAR KAN JALAN MEMANG TAK MEMADAI. JALAN PERLU DILURUSKAN, SUPAYA KURANG KEMALANGAN BERLAKU. ORANG LUAR YANG DATANG KE MANONG MEMANG HAIRAN RUPA RUPANYA DALAM MALAYSIA INI ADA LAGI JALAN BENGKANG BENGKOK MACAM ULAR KENA PALU. lORI BESAR DARI LUMUT KE IPOH ATAU KEPANTAI TIMUR SERING MENGGUNAKAN JALAN RAYA INI BERULANG ALIK. BILANGAN MANGSA YANG MATI KEMALANGAN SEMAKIN HARI SEMAKIN BERTAMBAH. sATU LAGI YANG AMAT MEMALUKAN ORANG PERAK IALAH PERKHIDMATAN BUS WAI THONG . LIMA PULUH TAHUN DULU BAS NYA LEBIH PANJANG , BESAR DAN CANTIK JIKA DIBANDINGKAN DENGAN SEKARANG. BUS MINI KUALA LUMPR (dulu Lah) LEBIH HEBAT DARI BUS WAI THONG. PENDUDUK YANG PERLU KAN PERKHIDMATAN BUS TENTU MENGELUH PANJANG KERANA AMAT SUKAR MENDAPATKAN PERKHIDMATAN BUS AWAM INI. DAH LAH UZUR, BILANGAN BUS DAN MASA LALUANNYA PUN AMAT MENDUKACITAKAN. HAIRANNYA BUS DIKOTA KINABALU DAN SABAH YANG UZUR JALANRAYANYA, BERGUNUG, BERISIKO TINGGI UNTUK JATUH GAUNG , LEBIH CANGGIH DARI KEBANYAKAN BUS DISEMENANNJUNG. APA LAGI KALAU NAK DIBANDINGKAN DENGAN BUS MANONG KUALA KANGSAR. TERUK SUNGGUH NASIB PENDUDUK DIKAWASAN DUN MANONG DAN PARLIMEN KUALA KANGSAR. ORANG UMNO DAN BN YANG SELAMA INI SAYANG SANGAT KEPADA WAKIL RAKYAT MEREKA TAK KAH BERASA MARAH DENGAN SIKAP WAKIL RAKYAT DAN KERAJAAN UMNO BN NI. TAK HAIRANLAH KALAU MANONG DAN KUALA KANGSAR AKAN TERUS MUNDUR. KAWASAN GUA MUSANG PUN LEBIH HEBAT DARI MANONG. ELOKLAH DALAM PILIHANRAYA 13 NI BERILAH PELUANG WAKIL RAKYAT pAKATAN RAKYAT PULA YANG JADI YB. KOT KOT ADA PERUBAHAN. MANA TAHU.

    BalasPadam