Khamis, 1 Oktober 2009

Rayuan Nizar Pada 5 November


Mahkamah Persekutuan akan mendengar rayuan Dato Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin berhubung pertikaian kesahihan Menteri Besar Perak pada 5 Nov depan.

Peguambela Nizar, Leong Cheok Keng berkata, Nizar membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

Pada 9 Julai, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan Nizar untuk rayuan selepas responden, Zambry melalui peguam belanya Datuk Cecil Abraham dan pencelah, kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak membantah berhubung permohonan itu.

Pada 11 Mei, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah tetapi keputusan itu diubah oleh Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Nizar atas alasan beliau tidak boleh memegang jawatan itu tanpa perkenan Sultan, dan sebaik seorang menteri besar dilantik, beliau dan Ahli Majlis Mesyuaratnya hanya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri dan tidak kepada mana-mana pihak yang lain.

Mahkamah Rayuan pula memutuskan bahawa Sultan Azlan Shah, adalah betul dalam melantik Zambry sebagai Menteri Besar yang baru mengikut Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas berpuas hati Zambry mendapat sokongan majoriti daripada Dewan Undangan Negeri Perak.

3 ulasan:

  1. Tuhan telah menjanjikan malapetaka kepada mereka yang melakukan pengkhianatan sesama maknusia.

    BalasPadam
  2. aku ingat blog ni melayu punya...rupa2nya datuk yang punya,tahniah datuk...payah orang india nak ada blog macam ni.

    BalasPadam
  3. HIDUP NIZAR...!!!!!
    SEGARKAN BUMI PERAK DENGAN UNDANG-UNDANG YANG ADIL...
    BERI HAK KEPADA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT...
    JANGAN AMBIL HAK ORANG LAIN MACAM PENYAMUN TAK DAK OTAK...
    BLAH LA UMNO!!!!!!!!!

    BalasPadam