Kenyataan Media (3 September 2009)
SPEAKER SAH: SERAH KEPADA SULTAN PERAK
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) memohon perkenan Seri Paduka Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah campur tangan untuk menyelesaikan kemelut politik Perak serta krisis Perlembagaan yang terus berpanjangan sehingga kini semenjak rampasan kuasa awal Februari tahun ini.
DPPN Pk yakin kemelut yang berlaku adalah sebahagian daripada krisis politik yang telah dicemari dengan pelbagai kejadian yang tidak diinggini terutama yang telah melanggar undang-undang yang memberikan gambaran keharmonian dan kesejahteraan rakyat terabai. Yang paling penting adalah implikasi ekonomi negeri yang menyebabkan pelabur takut untuk berlabur di negeri Perak ini.
DPPN Pk memohon perkenan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah sebagai Seri Paduka Sultan Perak dan juga bekas Ketua Hakim Negara untuk menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku di negeri Perak ini dengan satu formula yang konkrit. DPPN Pk menegaskan kemelut dan krisis yang berlaku ini memberikan implikasi yang negatif di peringkat antarabangsa.
DPPN Pk melihat kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak adalah krisis terbaru yang memerlukan penyelesaian segera. Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu jelas tercemar kerana kedudukan sebenarnya masih tidak diketahui. DPPK Pk yakin rakyat negeri Perak khasnya dan rakyat Malaysia amnya amat malu dengan suasana yang berlaku terhadap Speaker DUN Perak.
DPPN Pk memberi jaminan hanya dengan pembubaran DUN Perak selepas hari raya ini nanti akan menyelesaikan kemelut dan krisis yang berlaku serta keharmonian dan kesejahteraan negeri akan kembali seperti biasa kelak. DPPN Pk yakin Sultan Azlan Muhibbuddin Shah akan memperkenankan pembubaran DUN Perak demi rakyat Perak keseluruhannya.
ZAWAWI HASSAN
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Tuan Speaker,
BalasPadamPemuda Pas ini pun bodoh.Pertama-tama mereka buat demonstrasi jalanan depan Istana Iskandariah bantah tindakan sultan lantik zambry sebagai MB.
Masa itu bising cakap raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah. Macam-macam dibising mereka.
Dah ni, minta Sultan campurtangan selesai kemelut politik. Kalau dah tau siapa yang buat semua ini, kenapa nak balik berunding dengan instigator.
Bodoh punya pemuda pas... hilang akal kot. Lihat ajelah gambar raja muda perak iring najib razak masuk berjumpa azlan. tak percaya tengok nst ahad yang lepas... wow. ramahnya kerabat perak dengan najib!
mahu suruh azlan selesaikan kemelut politik perak? serius ke ini?