Ahad, 22 Jun 2014

Penglibatan Kaum India dalam Industri outomotif adalah terlalu rendah malah boleh dianggap tidak wujud..!!!



Kenyataan Media V.Sivakumar, Ahli Parlimen Batu Gajah pada 17 Jun 2014 di Dewan Rakyat



Saya telah menanyakan satu soalan lisan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri berhubung dengan perkara ini. Saya meminta menteri menyatakan sama ada syarikat-syarikat milik kaum India terlibat dalam industri automotif sebagai pembekal komponen kepada PROTON, PERODUA dan MODENAS. Saya juga menanyakan tentang usaha-usaha yang diambil oleh Kementerian untuk menggalakkan kaum India menceburi industri automotif ini.

Saya kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Menteri secara bertulis. Beliau tidak menjawab soalan  secara spesifik. Beliau telah memilih untuk menjawab secara umum berkaitan dengan perkara yang dibangkitkan.  Saya ingin megetahui jumlah yang betul secara spesifik mengenai penglibatan kaum India sebagai pembekal  komponen  dalam industri aotomotif.

Jawapan yang diberikan oleh menteri ialah seperti berikut:-


'Kewujudan projek kenderaan nasional telah membolehkan pertumbuhan lebih banyak syarikat pembekal komponen tempatan. Syarikat-syarikat tempatan, tidak tertakluk pada mana-mana kaum, memiliki peluang yang sama rata untuk terlibat dalam pembangunan kenderaan nasional dan juga bukan nasional. Walaupun tidak banyak syarikat milik kaum India yang menjadi pembekal komponen kepada projek nasional, namun terdapat beberapa syarikat milik kaum India yang membekalkan perkhidmatan sevis kejuruteraan, logistik, pembangunan dan pengeluaran alat ganti serta menjadi wakil jualan kenderaan. '

Saya kurang yakin dengan jawapan Menteri  yang tidak disokong dengan statistik yang munasabah. Mungkin terdapat beberapa orang wakil jual  kenderaan dan pembekal  logistik  di kalangan kaum India. Tetapi, saya tidak dapat menerima  jawapan Menteri  yang menyatakan terdapat pembekal perkhidmatan servis kejuruteraan , pembangunan dan pengeluaran alat ganti dari kalanagan kaum India kecuali dapat disokong dengan angka-angka  statistik.

Soalan asal saya ialah mengenai 'pembekal komponen' kereta  dan bukan perniagaan di luar skop itu. Kegagalan menteri memberi jawapan yang konkrit mendorong saya untuk membuat tanggapan bahawa tidak ada ahli perniagaan kaum India yang membekalkan komponen dalam industri outomotif di negara ini. Jika, tanggapan saya itu tidak betul,  Menteri harus membuktikan dengan memberikan senarai syarikat-syarikat  kaum India yang terlibat sebagai pembekalan komponen kereta itu.

Menteri juga gagal untuk menjawab mengenai usaha-usaha yang diambil oleh kerajaan untuk menggalakan ahli-ahli perniagaan di kalangan kaum India untuk menceburi industri outomotif ini.

Tujuan saya bangkitkan soalan ini ialah untuk membuktikan bahawa kaum India tidak mendapat peluang dalam pelbagai sektor yang mempunyai potensi tinggi. Kebanyakan ahli-ahli perniagaan India tertumpu dalam sektor-sektor traditional tertentu dan tidak mempunyai ruangan untuk mengembangkan perniagaan mereka ke dalam industri teknologi tinggi .

Ini adalah kegagalan kerajaan Barisan Nasional terutamanya MIC untuk membuka peluang yang sama rata kepada peniaga-peniaga kaum India menceburi bidang-bidang perniagaan baru yang mempunyai pulangan yang tinggi. Jika  kerajaan  dan MIC masih tidak mahu membuka mata membantu peniaga-peniaga India, sudah pasti masa hadapan kaum India di negara ini malap dan hilang hala tuju..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan