Menteri Pendidikan Harus Mendedahkan Nama Sekolah-sekolah Tamil Yang Menerima Peruntukan RM560 Dari Tahun2009 hingga 2013
Saya ingin megetahui bagaimana peruntukan wang sebanyak RM560 juta untuk sekolah-sekolah Tamil dibelanjakan oleh kerajaan. Peruntukan ini diberikan dari tahun 2009 hingga 2013 untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil.
Perkara ini saya bangkitkan dalam Dewan Rakyat pada 9 Jun 2014 ketika membahaskan Rang Undang-undang Yayasan Guru Tun Hussein Onn 2014. Setiap kali kita membangkitkan isu keuzuran sekolah-sekolah Tamil, kerajaan akan memberi jawapan bahawa sejumlah wang yang besar telah diperuntukkan untuk membantu meningkatkan kebajikan dan kemudahan infra struktur sekolah-sekolah tersebut. Adakah ini benar?
Kerajaan mendakwa RM560 juta telah diberikan kepada sekolah-sekolah Tamil dari tahun 2009 hingga 2013. Ini merupakan sejumlah wang yang cukup besar dan boleh membantu menaik taraf sebahagian besar daripada sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang uzur. Kalau benar wang itu telah disalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil, sudah pastinya dapat dilihat pembagunan secara fizikal. Tetapi, ini tidak berlaku kerana keadaan sekolah-sekolah Tamil masih berada dalam keadaan yang sama.
Saya telah memohon kepada Menteri Pendidikan untuk melaporkan melalui siapakah wang ini disalurkan. Nyatakan nama sekolah-sekolah yang menerima peruntukan itu dan jumlah yang diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut dalam tempoh yang sama. Perkara ini perlu didedahkan segera oleh kerajaan supaya rakyat mengetahui keadaan yang sebenar. Tidak ada gunanya kita menanyakan kepada pemimpin-pemimpin MIC yang berlakon seolah-olah bisu dan pekak apabila setiap kali perkara ini dibangkitkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan