Ahad, 22 Jun 2014

Kerajaan Halau Petani Kampung Baru Chenderong...!!!!



 Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimem Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 21 Jun  2014 di Kampung Baru Chenderong


Petani-petani Kampung Baru Chenderong di Mukim Tanjung Tualang telah menerima notis untuk mengosongkan tanah yang diusahakan sejak bertahun-tahun lama. Ada di antara mereka yang mengusahakan tanah itu lebih kurang 65 tahun. Tiba-tiba mereka telah menerima notis secara mengejut pada 23 Mei 2014 daripada Pejabat Tanah Dan Daerah Kinta.

Petani-petani ini telah mengadu perkara ini kepada Ahli Parlimen Kampar YB Dr Ko Chung Sen dan saya. Kami telah mengadakan perbincangan dengan petani-petani itu di Chenderong diikuti dengan lawatan tapak tanah pertanian berkenaan. Lebih kurang 10 orang petani telah datang untuk menyuarakan keluhan dan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan kerajaan yang tidak prihatin.

Kami yang merujuk dan menyemak perkara ini di Pejabat Tanah Dan Daerah Kinta dalam tempoh terdekat. Tindakan susulan akan diatur selepas memperolehi maklumat dan pengesahan daripada pejabat itu.

Kerajaan seharusnya prihatin terhadap petani-petani yang sedang mengusahakan di tanah kerajaan. Tindakan pengusiran seperti ini adalah tidak wajar. Jika tanah yang diusahakan itu diperlukan untuk projek-projek pembangunan, adalah perlu untuk kerajaan menyediakan tanah gantian untuk petani-petani ini supaya kegiatan dan usaha mereka tidak tergendala.  Ini adalah penting untuk memastikan hasrat kerajaan untuk menggiatkan lagi sektor pertanian di negara ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan