Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak
MIC Mengaku Kerajaan Tidak Menepati Janji 1500 Tempat Matrikulasi
.jpg) |
| YB V. Sivakumar |
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri
Pendidikan telah bercakap bohong dalam Parlimen pada 27 Jun 2013. Beliau
memberitahu Dewan Rakyat bahawa 1500 tempat matrikulasi telah diberikan
kepada pelajar- pelajar India pada tahun 2012. Manakala bagi tahun 2013
pula, beliau berkata 1850 pelajar-pelajar India telah diberi peluang
untuk mengikuti program matrikulasi di seluruh negara. Ini adalah satu
penipuan yang besar dan merupakan penghinaan kepada Dewan yang mulia.
Sebagai Timbalan Perdana Menteri beliau tidak sepatutnya memberi
jawapan yang mengelirukan dan tidak jitu semata- mata untuk memesong
daripada keadaan yang sebenar.
Perkara yang lebih memalukan ialah apabila Timbalan Menteri Pendidikan
YB Kamalanathan juga menjadi Pak Angguk dan menyokong kenyataan yang
dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Parlimen. YB Kamalanathan juga
telah beberapa kali membuat kenyataan dalam media bahawa kerajaan telah
menepati janji dan tidak menipu masyarakat India.
Beliau bersekongkol
dengan pemimpin-pemimpin UMNO untuk menipu masyarakat India. Beliau
tidak layak memegang jawatan Timbalan Menteri Pendidikan kerana sanggup
menipu kaum sendiri untuk kepentingan politik dan kedudukannya.
Hari ini, satu kenyataan akhbar telah dibuat oleh Bendahari Agung MIC,
Jaspal Singh mendedahkan perkara yang sebenar. Dalam kenyataannya beliau
berkata janji kerajaan untuk memberi 1500 tempat matrikulasi kepada
pelajar- pelajar India tidak dipenuhi. Mengikut statistik yang
didedahkan oleh beliau hanya 1142 tempat sahaja yang diberikan kepada
pelajar- pelajar India. Kenyataan beliau itu adalah bertentangan dengan
apa yang disebutkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Rakyat.
Terbukti bahawa satu penipuan besar telah dibuat oleh Menteri Pendidikan
dengan kerjasama MIC. Pendedahan Jaspal Singh memang tidak dapat
dinafikan walaupun jumlah yang diberikan itu masih boleh dipertikaikan.
Mengikut kajian yang dibuat oleh sebuah NGO, Malaysian Indian Education
Transformation Association (MIETA), hanya seramai 862 pelajar berbangsa
India ditempatkan di 13 buah pusat matrikulasi seluruh Malaysia pada
tahun ini. Statistik yang diberikan oleh MIETA adalah lebih jitu kerana
diperolehi daripada sumber- sumber yang boleh dipercayai. Jika pihak
Kementerian Pendidikan mahu menafikan kejituan angka itu, maka adalah
ersi untuk mempamerkan senarai nama pelajar-pelajar India yang diberikan
tempat mengikut pusat matrikulasi. Tetapi, Kamalanathan tidak berani
untuk berbuat demikian dan memberi alasan- alasan yang tidak munasabah.
Selagi senarai itu tidak dipamerkan kepada umum, kerajaaan dan MIC tidak
boleh membersihkan diri daripada tuduhan menipu masyarakat India.