Selasa, 28 Ogos 2012
Khamis, 16 Ogos 2012
Yang Tertinggal & Yang Terpinggir Masih Ramai Di Perak
Kenyataan Media
YB V.Sivakumar,
Timbalan
Pengerusi DAP Perak,
ADUN Kawasan Tronoh
pada 14/8/2012
di MTD, Batu Gajah.
Yang Tertinggal & Yang Terpinggir Masih Ramai Di
Perak
Seorang warga
emas yang bernama Mok Tai Soo (72) merupakan antara orang-orang yang
‘Tertinggal & Terpinggir’ di Negeri Perak. Beliau pernah memohon bantuan
kebajikan 4 tahun yang lalu. Tetapi, tidak mendapat apa-apa bantuan daripada
kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan. Beliau tinggal di sebuah rumah di MTD Batu Gajah. Beliau tidak pernah berkahwin dan hidup
sebatang kara. Beliau sudah lama tidak bekerja dan tidak mempunyai apa-apa
sumber pendapatan. Abangnya yang juga tidak bekerja memberi bantuan makanan
kepada beliau. Selain daripada itu beliau tidak mendapat apa-apa pertolongan
daripada mana-mana pihak.
Beliau juga
menghadapi masalah penglihatan. Salah satu daripada matanya buta menyebabkan
beliau tidak boleh keluar untuk mencari apa-apa pendapatan untuk dirinya.
Tambahan bula beliau juga menghadapi masalah sakit jantung.
Bukankah
kriteria ini cukup untuk Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk meluluskan
bantuan kewangan kepada beliau? Kalau orang seperti ini tidak dibantu oleh
kerajaan, siapakah lagi yang lebih layak? Saya tidak faham peranan Jabatan
Kebajikan Masyarakat yang sebenar. Pegawai-pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pernah melawat
beliau di rumahnya pada bulan Februari 2009. Mereka telah mengambil gambar
depan, belakang dan sekeliling rumahnya. Tetapi, selepas itu tidak ada apa-apa
maklum balas. Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah langsung tidak prihatin dalam kes ini.
Saya juga tidak
faham kenapa Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah tidak mahu menjawab
surat-surat dan memberi sebarang maklum balas kepada kes-kes yang disiasat.
Jika, permohonan tidak berjaya, perlu dimaklumkan kepada pemohon mengapakah permohonannya ditolak. Saya sungguh berharap bahawa pihak Jabatan Kebajikan
Masyarakat Batu Gajah akan memainkan peranannya dengan lebih efektif lagi. Saya
juga dapat merasakan adanya bau-bau politik dalam kes-kes yang diluluskan dan
yang ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Batu Gajah. Saya akan mendedahkan
beberapa kes seperti yang dimaklumkan tidak lama lagi.
Rabu, 15 Ogos 2012
Bolehkah Kerajaan Negeri Luluskan Tanah Untuk Kuil Mariamman Ladang Nalla Sebelum PRU-13?
Kenyataan Media
YB V.Sivakumar,
Timbalan
Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh
pada 12/8/2012 di Tronoh
Bolehkah
Kerajaan Negeri Luluskan Tanah Untuk
Kuil Mariamman Ladang Nalla Sebelum PRU13?
Kuil Sri Muthu Mariamman, Ladang
Nalla Tronoh telah menyambut perayaan tahunan pada 12/8/2012. Perayaan ini
disambut dengan meriah dengan upacara berjalan di atas bara api. Kuil ini
adalah sebuah kuil yang lama. Dalam majlis keramaian itu, turut hadir ialah YB
V.Sivakumar, Timbalan Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh.
Dulu
Ladang Nalla diduduki oleh ramai orang-orang India yang bekerja di ladang
tersebut. Sekarang kebanyakan orang India telah berpindah keluar daripada
ladang ini ke tempat-tempat lain. Walaupun ladang ini masih beroperasi tetapi
pekerja-pekerjanya adalah dari kalangan orang asing.
Walau bagaimanapun, penduduk yang pernah
menetap di Ladang Nalla dan penduduk dari Tronoh akan tetap hadir untuk memeriahkan lagi perayaan tahunan tersebut.
Pihak jawatankuasa kuil telah memohon sebidang tanah di tapak yang
berhampiran dengan gerbang masuk Kampung Baru Nalla. Permohonan
itu masih belum mendapat apa-apa maklum balas daripada pihak kerajaan negeri.
Saya cabar kepada pihak MIC dan MCA Batu Gajah untuk mendapatkan tanah yang
dipohon oleh pihak kuil tersebut. Jangan memberi janji kosong setiap kali dan
akhirnya tidak ditepati. Jika Barisan Nasional benar-benar jujur dalam hal ini,
maka tanah untuk kuil tersebut harus diluluskan sebelum PRU13.
Penduduk Taman Medan Pusing Risau Banjir Kerana Longkang Tidak Dibersihkan
Kenyataan Media
YB V.Sivakumar,
ADUN
Kawasan Tronoh
pada 12/8/2012 di Pusing,
Batu Gajah.
Penduduk
Taman Medan Pusing Risau Banjir Kerana Longkang Tidak Dibersihkan
Penduduk Taman Medan Pusing membuat aduan
bahawa longkang di kawasan kolam tadahan air berhampiran dengan padang tidak dibersihkan oleh pihak Majlis Daerah
Batu Gajah. Mereka risau bahawa banjir
akan berlaku di kawasan ini jika rumput-rumput di longkang itu tidak
dibersihkan. Mereka berasa kecewa kerana mereka membayar cukai pintu tetapi tidak
mendapat perkhidmatan yang memuaskan daripada pihak berkuasa tempatan. Sering
kali berlaku banjir kilat di Taman Medan Pusing
jika berlaku hujan lebat di kawasan ini.
Saya bersama Pengerusi DAP Pusing Sdr Chan Chin Fah,
Pengerusi DAP Bemban Sdr Lim Yoke See dan AJK Negeri DAP Perak Sdr Paul Yong
telah membuat lawatan tapak dan berbincang dengan penduduk tempatan mengenai
masalah yang dibangkitkan. Saya juga telah menghantar surat kepada pihak Majlis
Daerah Batu Gajah untuk membersihkan longkang-longkang ini dengan segera.
Perayaan Tahunan Kuil Mariamman Ladang Kota Bahru
![]() |
Kenyataan Media
YB V.Sivakumar,
Timbalan
Pengerusi DAP Perak, ADUN Kawasan Tronoh pada 12/8/2012 di Gopeng
Perayaan
Tahunan
Kuil Mariamman
Ladang Kota Bahru
Kuil Arulmigu Maha Mariamman Ladang Kota
Bahru, Gopeng telah menyambut perayaan tahunan pada 12 Ogos 2012.
Sambutan yang
meriah ini dihadiri oleh beberapa ribu orang tempatan dan dari kawasan-kawasan
di sekitarnya.
Setiap tahun perayaan ini disambut dengan meriah dengan upacara
berjalan di atas bara api oleh penganut-penganutnya. Pihak kuil juga menyediakan
makan percuma untuk semua orang yang
datang ke kuil itu pada hari perayaan. YB V.Sivakumar ADUN Tronoh, juga merupakan Timbalan
Pengerusi DAP Perak menghadiri upacara agama itu bersama-sama dengan Sdr
Tinagaran Arumugam (Ketua Cabang PKR Ipoh Barat & Naib Ketua AMK Perak),
Baldip Singh (Naib Pengerusi PKR Perak & Timbalan Ketua Cabang PKR Kampar)
dan Sdr Vijakumar (Pengerusi DAP Batu
Gajah Utara). Mereka diberi penghormatan oleh pihak jawatankuasa kuil tersebut.
Isnin, 13 Ogos 2012
Rabu, 8 Ogos 2012
Langgan:
Catatan (Atom)









