Selasa, 20 Januari 2015

Sambutan Perayaaan Ponggal di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah




Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 15/1/2015 di Taman Saujana, Batu Gajah.


 Perayaan ponggal disambut secara sederhana di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah. Perayaan menuai yang juga dianggap sebagai Tahun Baru Tamil disambut secara penuh kemeriahan di Tamil Naadu, India pada setiap tahun. 

Di negara kita juga hari Ponggal disambut oleh orang-orang India di bandar mahupun di luar bandar. Pada hakikatnya perayaan Ponggal bukanlah upacara keagamaan walaupun ada unsur-unsur keagamaan diselitkan dalam upacara memasak nasi manis yang dikenali sebagai “Ponggal’.

Oleh kerana perayaan ini bukan satu sambutan keagamaan, maka hari Ponggal sesuai diraikan oleh semua warga Malaysia tanpa mengira agama dan bangsa. Walaupun pada tahun-tahun lepas Ponggal disambut dengan penuh meriah tetapi pada tahun ini perayaan tersebut diraikan secara agak sederhana.

Ini adalah kerana bencana banjir yang telah melanda di beberapa negeri mengakibatkan ramai diantara sahabat-sahabat kita merana kerana kehilangan harta benda. Kepahitan itu dikongsi bersama oleh semua rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, eloklah jika sambutan Ponggal di raikan secara sederhana semata-mata sebagai tanda terima kasih kepada Tuhan, alam semulajadi, petani dan haiwan yang memberi berkat dalam menghasilkan makanan terutamaya penanaman padi. 



Dalam perayaan ini, kita perlu memperingati jasa petani yang sanggup membanting tulang dan mengalirkan keringat ke bumi untuk menghasilkan sumber makanan dengan bantuan haiwan seperti lembu. Disamping itu, alam semulajadi seperti Matahari, tanah, air dan sebagainya juga merupakan kurniaan tuhan untuk membolehkan makanan dihasilkan  bagi memenuhi keperluan manusia sejagat.  Maka adalah wajar untuk semua menjunjung rahmat dan  berterima kasih kepada Tuhan yang maha kuasa pencipta segala alam

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Batu Gajah telah menagadakan upacara Ponggal pada jam 5pm bersama penduduk tempatan di Taman Saujana. Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua rakan-rakan dan penduduk tempatan yang menjayakan program ini.

Keruntuhan Nilai Ringgit Bakal Membawa Inflasi, TarafHidup Rakyat Menyusut Lagi.

Kenyataan Media YB V.Sivakumar  Ahli Parlimen BatuGajah,  Timbalan Pengerusi DAP Perak, SetiausahaAntarabangsa DAP Malaysia pada 11/1/2015 di Chemor, Perak.



Adakah kerajaan masih mahu menafikan bahawa negarakita sudah dilanda krisis ekonomi? Penafian yang tidakberasas seperti ini adalah cukup bahawa dan bolehmembawa kemudaratan kepada seluruh rakyat Malaysia.Rakyat akan menjadi keliru dan tidak memahamikeadaan ekonomi yang sebenar. Kerajaan harusmenjelaskan situasi yang sebenar walaupun semua iniberpunca daripada pengurusan ekonomi yang lemah olehkerajaan. Rakyat berhak mengetahui status ekonomiyang sebenar. Ini adalah penting supaya mereka bolehbersedia menghadapi keadaan yang tidak menentu padamasa hadapan. Memberi gambaran ekonomi yang tidakbetul hanya akan memperbodohkan rakyat danmenyusahkan mereka menghadapi masa-masa genting.

Nilai matawang Ringgit semakin merosot. Perkara initidak boleh dinafikan oleh kerajaan. Tetapi, adalah tidakwajar jika ada pihak-pihak tertentu menyifatkannyasebagai sesuatu yang baik untuk ekonomi negara. Kitasemua tahu bahawa, beberapa bulan yang lalu nilaimatawang Malayisa adalah RM3 bagi 1USD. Kini,nilainya semakin hari semakin menurun sehinggaRM3.60 bagi 1USD. Kenaikan lebih kurang RM0.60  atau 16% ini akan membawa banyak implikasi negatifkepada ekonomi negara. Keadaan ini adalah paling teruksejak krisis kewangan Asia pada tahun 1997.

Antara punca-punca kepada kejatuhan yang mendadakini adalah kerana kemasukan pelaburan asing yangsemakin merosot, peningkatan hutang dari luar negara,kemerosotan harga minyak di peringkat global,kemerosotan harga komoditi mentah seperti getah dankelapa sawit dan isu-isu atau krisis dalam negara yangkerap memberi imej negatif.

Saya kurang setuju jika kerajaan berkeyakinan bahawapenurunan matawang Ringgit Malaysia akanmenawarkan suasana pelaburan yang kondusif danmemulihkan ekonomi negara. Pada pandangan saya,sektor pelancongan mungkin ada sedikit sebanyak kesanpositif tetapi sektor-sektor lain akan mengalamikeruntuhan akibat kejatuhan matawang negara. Negarakita tidak hanya bergantung kepada sumber pendapatandaripada sektor pelancongan. Oleh yang demikian,kerajaan tidak seharusnya memberi itu sebagai satualasan yang konkrit.  Kejatuhan Ringgit Malaysia hanyamenguntungkan pelancong-pelancong yang datang kenegara kita kerana harga barang-barang menjadi semakinmurah berbanding matawang negara mereka. Tetapi,penurunan nilai matawang wang negara akan merugikanpelancong-pelancong dari negara kita yang melawatnegara-negara lain. Kita tidak boleh nafikan ratusan riburakyat negara kita juga melawat negara-negara asingpada tiap-tiap tahun. Mereka terpaksa berbelanja lebihsekarang kerana nilai matawang negara asing lebih tinggiberbanding dengan Ringgit Malaysia. Bukankah inimerugikan rakyat negara kita?

Selain daripada itu, kita juga harus sedar bahawakejatuhan nilai Ringgit Malaysia akan menyebabkanimport menjadi lebih mahal. Harga barang-barang yangdibeli dari negara-negara lain akan meningkat keranamatawang kita mengalami kemerosotan nilai. Oleh yangdemikian, barang-barang yang dibeli dari negara lainterpaksa dijual dengan harga yang lebih tinggi di negarakita. Bukankah ini juga akan merugikan rakyattempatan? Tambahan pula, kenaikan harga barang-barang yang diimport ini akan memberi kesan inflasiyang ketara.
Dalam keadaan ekonomi negara yang semakinmerundum, penurunan nilai matawang negara agakmerisaukan seluruh rakyat jelata. Saya rasa adalah sukaruntuk kerajaan memulihkan ekonomi negara dalamjangka masa terdekat. Pada pandangan saya kita sudahtercicir daripada landasan mengejar status negaraberpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Pada 17 Disember 2014, Timbalan Menteri PerdaganganAntarabangsa dan Industri Datuk Hamim Sanurimembuat kenyataan meminta orang ramai tidak panikberikutan kejatuhan nilai ringgit yang bolehmenyebabkan krisis ekonomi dalam jangka masapanjang, memandangkan Putrajaya sedang bersediadengan langkah menanganinya yang akan diumumkanoleh Perdana Menteri. Kerajaan Malaysia seolah-olahmenyembunyikan sesuatu berhubung kejatuhan nilairinggit, padahal perkara ini mendapat liputan meluasdikalangan media negara-negara jiran seperti Singapuradan Brunei.

Tetapi, para penganalisis pula menjangka Malaysiaberkemungkinan menjadi negara Asia paling terukterjejas ekoran kejatuhan berterusan harga minyak dunia.Industri minyak menyumbangkan sebanyak satu pertigadaripada hasil negara. Nilai matawang negara akan terusmengalami kejatuhan sehingga harga minyak kembalistabil.

Apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh PerdanaMenteri mengenai hal penurunan nilai matawangRinggit? Apakah langkah-langkah yang akan diambiloleh Bank Negara Malaysia dalam menangani krisis ini?  Rakyat masih menunggu untuk melihat sejauh manakahkerajaan yang ada hari ini berkaliber menangani situasiyang melarat ini.