Kenyataan
Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah dan Timbalan Pengerusi DAP Perak
pada 12hb Oktober 2015 di Batu Gajah.
Saya memahami isu status Bumiputera
yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Tetapi, baru-baru ini perkara ini
menjadi semakin kabur apabila pihak-pihak tertentu menganggap diri mereka
sebagai Bumiputera semata-mata untuk menikmati pelbagai kemudahan dan hak yang
dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.
Memandangkan ramai yang
mendapat taraf kewarganegaraan Malaysia baru-baru ini, perkara ini perlu dikaji
semula untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Orang Melayu berketurunan
Indonesia telah membanjiri negara kita. Ramai juga di antara mereka telah
mendapat taraf kewarganegaraan. Ada juga di kalangan mereka telah berkahwin dan
terus menetap di negara ini.
Persoalannya ialah
samada generasi kedua keturunan Melayu Indonesia yang telah mendapat taraf kewarganegaraan
itu akan juga dianggap sebagai bumiputera di negara ini? Perkara ini
menimbulkan banyak persoalan dan kekeliruan kepada rakyat Malaysia. Oleh yang
sedemikian, Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi perlu
memberi penjelasan yang tegas berhubungan dengan perkara ini.
Kerajaan harus
menjelaskan secara terperinci bagaimana seseorang itu akan menjadi Bumiputera
di negara kita? Setakat ini berapakah ramai warga asing yang menjadi
warganegara Malaysia yang telah diberikan taraf Bumiputera?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan