Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah dan
Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 13hb
Oktober 2015 di Batu Gajah.
Isu penderaan kanak-kanak semakin kerap berlaku di negara
kita. Mengikut statistik yang sedia ada, didapati kes penderaan kanak-kanak semakin
meningkat bagi setiap tahun. Pada tahun 2010 sebanyak 1783 kes telah dilaporkan
manakala pada tahun seterusnya 1986 kes
penderaan kanak-kanak dilaporkan di seluruh negara. Tahun 2012, kes penderaan
kanak-kanak meningkat kepada 2043 dan 2227 kes pada tahun 2013. Walaupun
pelbagai usaha dan kempen telah dijalankan oleh pihak kerajaan namun kes
penderaan kanak-kanak tetap meningkat dari tahun ke tahun. Ini menunjukkan
kaedah-kaedah untuk membendung jenayah terhadap kanak-kanak seperti penderaan
fizikal, emosi, dan seksual adalah tidak efektif.


Selain itu, kesalahan penderaan yang menyebabkan kematian
pula dikuatkuasakan di bawah seksyen 302 kanun keseksaan dan jika disabitkan
kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati. Oleh kerana, kadar penderaan
kanak-kanak semakin meningkat bagi setiap tahun. Kerajaan harus mengkaji semula
undang-undang yang sedia ada serta kaedah-kaedah yang lebih efektif dalam
menangani masalah ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan