Kenyataan Media YB
V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 22 Oktober 2015 di Dewan Rakyat,
Parlimen Malaysia
Apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini adalah merupakan
satu lagi peristiwa titik hitam dalam sejarah Malaysia. Seluruh dunia sedang
memerhatikan gelagat negara kita. Negara kita sudah menjadi bahan ketawa
negara-negara luar. Ini adalah kerana negara kita seolah ditadbir oleh
sekumpulan bandut. Kita rasa malu apabila nama negara kita terpapar di media
antarabangsa untuk perkara-perkara yang salah dan menjatuhkan imej Malaysia.

Pada hemat saya, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional
memang berkulit tebal kerana tidak dapat merasakan kehangatan isu 1MDB ini.
Walaupun perkara ini menjadi tajuk perbualan di semua warung-warung atau
kedai-kedai kopi, tetapi wakil-wakil rakyat Barisan Nasional berpura-pura pekak
dan tidak berani membela nasib rakyat dan negara.

Hari ini,
seorang lagi pemimpin veteran DAP Sdr Lim Kit Siang telah digantung
selama 6 bulan daripada menghadiri sidang parlimen. Walaupun pihak pembangkang
tidak bersetuju dengan prosedur yang digunakan untuk menbentangkan usul menteri,
Speaker tetap dengan pendirianya untuk menghukum Ahli Parlimen Gelang Patah
itu. Walaupun pelbagai hujahan bernas telah dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen pembangkang,
tetapi semuanya menjadi sia-sia kerana keputusan telahpun dibuat oleh kerajaan untuk
mengantung Ahli Parlimen yang veteran itu. Ini tidak adil. Beliau sepatutnya
dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen. Beliau harus diberi
peluang dan masa yang secukupnya untuk membela diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan