Tuan Yang di-Pertua Speaker Dewan Rakyat,
1. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang di-Pertua Speaker kerana diberi peluang untuk membahaskan Belanjawan 2014. Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk memaklumkan kepada ahli-ahli Dewan yang Mulia ini bahawa rasionalisasi subsidi dan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan mempengaruhi pilihan kehidupan ramai dan menentukan nasib rakyat Malaysia yang paling lemah dan miskin. Lebih penting lagi, ia akan mengganggu perpaduan sosial dan memisahkan rakyat kepada golongan kaya dan miskin dan melabel mereka yang menerima subsidi tunai diaibkan.
PENYINGKIRAN SUBSIDI
2. Walaupun pakar ekonomi telah memberi amaran bahawa memotong perbelanjaan setiap kali menghadapi kemelesetan ekonomi akan menyebabkan lebih kerosakan, sesetengah pihak masih menasihatkan Kerajaan kita untuk menyingkirkan subsidi dalam kemelesetan ekonomi. Kita semua tahu bahawa Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan dasar ekonomi terbuka menghadapi masalah- masalah daripada krisis ekonomi Amerika Syarikat dan Eropah menghadapi krisis ekonomi dan kira akan menghadapi kemelesetan jika China tidak dapat mengekalkan keadaan ekonominya yang naik mendadak. Penyingkiran subsidi bahan api dan gula dan memperkenalkan GST pada masa ini akan menjejaskan rakyat. Saya meminta Perdana Menteri untuk mempertimbangkan semula penggunaan dasar-dasar tersebut.
JANGAN KORBANKAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK MENGGEMBIRAKAN AGENSI-AGENSI PENARAFAN
3. Agensi-agensi penarafan seperti Fitch Rating telah mendesak pemotongan perbelanjaan malah menyatakan bahawa penyingkiran subsidi sahaja tidak mencukupi. Saya menyeru kepada Perdana Menteri supaya tidak mengorbankan rakyat Malaysia semata-mata untuk menenangkan agensi-agensi penarafan. Mereka hanya menjaga kepentingan pemegang-pemegang bon sedangkan Kerajaan bertanggungjawab menjaga kepentingan rakyat. Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat dahulu sebelum agensi- agensi penarafan. Tambahan pula agensi-agensi penarafan sering membuat kesalahan. Mereka bertanggungjawab dalam menyebabkan krisis kewangan global. US Global Financial Crisis Commission of Enquiry telah membuat kesimpulan bahawa agensi-agensi penarafan yang menyebabkan pasaran untuk sekuriti- sekuriti subprime meningkat pada tahun 2006 dan 2007. Kemerosotan mereka pada tahun 2008 dan 2009 menyebabkan malapetaka. Penarafan sekuriti-sekuriti gadaian subprima sebagai AAA membawa bencana di mana 83% penarafan- penarafan pada tahun 2006 sahaja telah pada akhirnya diturunkan.
4. Selepas kucar-kacir subprima tersebut, agensi- agensi penarafan telah bertindak sebaliknya dengan membuat tuntutan yang serius dan berat terutamanya terhadap hutang kerajaan. S&P menurunkan tahap penarafan kredit USA daripada AAA kepada AA+ pada Ogos 2011. Walaupun terdapat satu program penjimatan besar- besaran, Moody’s meletakkan United Kingdom dalam imej negatif pada Mac 2012 dan Fitch Rating menurunkan tahap penarafan kredit United Kingdom pada 19 April 2013. Walau bagaimanapun, penurunan taraf tidak menjejaskan bon US dan UK. Ini menunjukkan pemegang-pemegang bon kini kurang memberi perhatian kepada agensi-agensi penarafan dan memberi perhatian yang lebih kepada pertumbuhan. Saya meminta Perdana Menteri untuk melakukan perkara yang sama, memberi tumpuan kepada pertumbuhan, bukan membebankan rakyat dengan menyingkirkan subsidi untuk menggembirakan agensi-agensi penarafan.
JANGAN MENGAMALKAN DASAR- DASAR NEO-LIBERALISME YANG GAGAL
5. Kerajaan telah melantik Bank Dunia (‘World Bank’) untuk memberi nasihat tentang dasar-dasar fiskal. Tidaklah menghairankan bila Bank Dunia telah menasihatkan supaya subsidi disingkirkan. Ini adalah kerana Bank Dunia, IMF dan institusi-institusi di Washington yang dikenali sebagai “Washington Consensus” percaya dengan dasar bahawa kuasa pasaran bebas akan membawa pertumbuhan dan kerajaan tidak harus mengganggu pasaran dengan menyediakan subsidi. Penyelesaian mereka adalah supaya kerajaan tidak campur tangan dalam ekonomi dan mengembalikan operasi-operasi pasaran tanpa halangan. Dasar neo-liberalisme tersebut membawa penderitaan kepada negara-negara yang mengikut telunjuk IMF dan Bank Dunia. “Arab Spring” disebabkan oleh Hosni Mubarak dari Mesir dan Ben Ali dari Tunisia memotong subsidi dan melaksanakan penswastaan selaras dengan dasar neo- liberalisme. Potongan- potongan subsidi kesihatan awam, pendidikan dan makanan yang dikenakan oleh IMF mencetuskan rusuhan di Mesir. Pencetus Revolusi Tunisia adalah kematian Mohamed Bouazizi, seorang lelaki muda yang didorong untuk membunuh diri kerana kesusahan ekonomi dan gangguan negara kerana Ben Ali melaksanakan dasar- dasar IMF. Sebab asas untuk rampasan kuasa dan penghapusan Mohamed Morsi adalah bantahan yang meluas terhadap langkah-langkah penjimatan didesak oleh IMF. Jeffrey D. Sachs, Pengarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Projek Millenium, telah mengkritik dasar-dasar neo- liberalisme Washington Consensus. Beliau berkata bahawa pertumbuhan tidak hanya satu fenomena pasaran bebas:
“The whole thing was based on the idea that if you take away the government for the poorest of the poor that somehow these markets will solve the problems… but these markets can’t step in when people have nothing. And if you take away help, you leave them to die.”
Dasar-dasar neo-liberalisme Ronald Reagan dan Margaret Thatcher juga telah membawa penderitaan di USA dan UK. “ Occupy Wall Street” yang tersebar di seluruh dunia adalah bantahan terhadap ketidaksamaan, ketamakan dan rasuah yang dilahirkan oleh dasar-dasar yang gagal tersebut. Jika Kerajaan BN mengamalkan dasar-dasar neo- liberalisme yang gagal tersebut, Kerajaan Malaysia akan mendesak rakyat Malaysia untuk “Occupy Dataran”.
DASAR PENJIMATAN TELAH DIBUKTI PALSU
6. Idea supaya Kerajaan yang mempunyai hutang yang tinggi mengurangkan perbelanjaan adalah berdasarkan kertas kerja bertajuk “Growth in a Time of Debt”. Ia ditulis oleh dua profesor ekonomi Harvard yang pernah bekerja untuk IMF iaitu Carmen Reinhart dan Kenneth Rogoff. Ahli-ahli politik di Amerika Syarikat, UK dan Eropah menggunakan kertas ini untuk menyokong program-program penjimatan mereka. Seorang pelajar graduan daripada University of Massachusetts, Thomas Herdon, mendedahkan kedua-dua profesor Harvard dalam melakukan kesilapan aritmetik dan meninggalkan data penting. Dasar penjimatan telah dibuktikan palsu. Paul Krugman berkata kesilapan dasar ini mengakibatkan rakyat mengalami penderitaan (‘ immense needless suffering’).
TIADA PELAN KOMPREHENSIF UNTUK MENANGANI PUNCA-PUNCA ASAL-USUL DEFISIT FISKAL
7. IMF dalam kertas bertarikh 28.1.2013 bertajuk “Energy Reform: Lessons and Implications” mengakui penyingkiran subsidi akan menjejaskan golongan miskin dan mudah terkesan. Berdasarkan kepada kejayaan dan kegagalan reformasi subsidi dalam 22 buah Negara, IMF mendapati bahawa 6 elemen utama diperlukan bagi reformasi subsidi yang berjaya:
i) Pelan reformasi yang komprehensif;
ii) SOE mesti meningkatkan kecekapan;
iii) Kerajaan mesti ada kredibiliti untuk mendapat sokongan rakyat menyingkirkan subsidi;
iv) Kenaikan harga minyak hendak dilaksanakan mengikut jadual yang munasabah;
v) Langkah-langkah cekap hendak diadakan untuk melindungi golongan miskin yang disasar; dan
vi) Perubahan institusi harus diadakan supaya harga minyak tidak menjadi isu politik.
Rationalisasi subsidi Kerajaan BN tidak memenuhi syarat-syarat utama IMF. BN mempunyai majoriti di Parlimen untuk meluluskan dasar ini tetapi ahli-ahli Parlimen BN mesti ingat bahawa mereka akan menyebabkan rakyat Malaysia menderita.
TIADA RANCANGAN PERUBAHAN SUBSIDI YANG KOMPREHENSIF
8. Kerajaan tiada rancangan perubahan subsidi yang komprehensif. Subsidi minyak dan gula bukan sebab Kerajaan ada defisit fiskal. Rancangan perubahan subsidi tidak akan menangani defisit fiscal kerana punca asal usul tidak ditangani. Defisit fiskal adalah disebabkan oleh perbelanjaan operasi yang semakin meningkat pada kadar 10% setahun manakala pertumbuhan pendapatan hanya adalah 8%. Lebihan perbelanjaan operasi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan pembangunan yang telah meningkat pada kira- kira RM36.2 bilion setahun dari tahun 1998 hingga 2011. Ini telah menyebabkan defisit daripada 1.8% kepada 7%.
KERAJAAN SEBAGAI MAJIKAN PILIHAN TERAKHIR
9. Antara masalah kerajaan ialah perkhidmatan awamnya yang terlalu besar. Walaubagaimanapun sebilangan pekerja di sektor awam tidak kompeten dan hanya memilih kerajaan sebagai majikan pilihan terakhir kerana gagal mendapatkan pekerjaan di sektor swasta. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa berbelanja lebih untuk mengatasi kepincangan tersebut. Bukannya tidak ada kerja kosong di sektor swasta, tetapi syarikat-syarikat swasta enggan menggaji graduan kita kerana ramai di antara mereka yang kekurangan kemahiran. Ini boleh dipupuk dan diperbaiki. Kerajaan perlu berbuat sesuatu supaya kemahiran graduan kita meningkat dan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan