Ahad, 3 November 2013
Potongan Subsidi Gula Adalah Hadiah Deepavali Najib Yang Istimewa Buat Kaum India
Kenyataan Media YB V.Sivakumat Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 1 November 2013 di Batu Gajah.
Masyarakat India menyambut Deepavali Tahun ini dengan hati terluka kerana harapan untuk membawa perubahan dalam pentadbiran negara ini tidak tercapai. Walaupun sebilangan besar masyarakat India menunggu sekian lama dengan harapan perubahan yang dinanti-nantikan itu, tetapi tidak tercapai juga. Kerajaan BN telah kembali memerintah setelah melakukan pelbagai tipu muslihat bersama- sama dengan SPR.
Luka yang parah dicurah dengan garam apabila Perdana Menteri selaku Menterti Kewangan mengumumkan pemotongan subsidi gula & kemahuannya untuk melaksanakan GST, Masyarakat India berasa cukup kecewa dengan tindakan kerajaan BN yang tidak prihatin dan membebankan rakyat. GST pasti akan membebankan rakyat, masyarakat India juga tidak terkecuali daripada hakikat ini.
Peningkatan harga gula sebaik sahaja ucapan belanjawan Menteri Kewangan merupakan satu tindakan yang kurang pertimbangan terhadap masyarakat India yang menyambut Deepavali. Kenapa subsidi gula ditarik balik seminggu sebelum sambutan Deepavali. Ini membuktikan sifat sebenar BN yang bongkak. Jelas, kerajaan BN tidak sensitif terhadap perasaan masyarakat India langsung.
Masyarakat India yang sebahagian besarnya hidup miskin dalam negara ini memerlukan satu perancangan ekonomi yang komprehensif. Tetapi, kerajaan BN tidak mengambil apa-apa tindakan yang berlunas untuk membantu golongan yang hidup melarat di negara ini.
Dalam keadaan murung, kaum India harap bersungguh-sungguh untuk kerajaan mengariskan satu agnda ekonomi yang mantap dan progresif supaya dapat membantu masyarak India yang amat memerlukan.
Saya pasti , Deepavali yang kita sambut tahun ini cukup berbeza jika PR telah memenangi PrU13 yang lalu. Malangnya nasib kaum India masih tidak terbela lagi. Harap keadaan ini akan berubah pada masa akan datamg apabila PR menjadi Kerajaan Persekutuan kelak.
V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan