Terima kasih Dato Speaker. Demi rakyat, Taiping bangun
untuk membahas usul belanjawan tahun 2014 di dewan yang mulia ini.
TYP, Bajet kali ini mencatatkan satu lagi rekod baru
dengan jumlah perbelanjaan yang terbesar berjumlah RM264.2billion. Walaupun ia
mencatatkan rekod perbelanjaan tertinggi, bagaimanapun jika dikupas isi
kandungan dan intipatinya, keadaan sebenar yang tersurat mahupun tersirat dalam
bajet ini semakin hari semakin merisaukan rakyat & anak Malaysia di bumi
yang bertuah ini.
Pertama, bajet
ini merupakan bejet deficit 17 tahun berturut-turut sejak 1998. Dibandingkan
dengan jangkaan hasil kerajaan, jumlah defist tahun depan berjumlah RM40.1
billion, satu jumlah defist yang besar dan jika penghitungan kita termasuk bil
bekalan tambahan yang merupakan trend terkini, jumlah deficit Negara sebenar
akan berjumlah lebih RM60 billion.
TYP, Sejak YB Permatang Pauh “direhatkan di Sungai
Buloh”, dari zaman Dr Mahathir beralih ke Tun Abdullah dan kini YAB Pekan,
Malaysia tidak pernah menikmati belanjawan lebihan sebaliknya sentiasa
terbelenggu dalam keadaan deficit.
Kedua, bajet
ini menonjolkan betapa seriusnya hutang Negara yang semakin hari semakin
menggunung. Ketika YB Pematang Pauh menjadi Menteri kewangan, hutang Negara
kita berada di paras sekitar RM90 billion, dalam tempoh 8 tahun Pematang Pauh
menjadi Menteri Kewangan, Hutang Negara bukan sahaja tidak meningkat sebaliknya
beliau berjaya mengurangkan hutang Negara ke paras RM80 billion. Malangnya
sejak kementerian kewangan diambilalih oleh Tun Dr Mahathir, hutang Negara
terus berkembang dari RM80 billion ke paras melebihi RM200 billion, kemudian
merosot ke paras RM300 billion pada zaman Tun Abdullah dan kini dibawah Pekan,
hutang Negara terus melonjak berjumlah sebanyak RM531.6 billion, iaitu 54.8%
menghampiri tahap maksima atau statutory ceiling, 55% KDNK.
Ketiga, kos
membayar hutang Negara kini juga sudah mencapai satu tahap yang membimbangkan,
kita terpaksa menanggung RM23.1 billion pada tahun depan untuk mematuhi jadual
membayar hutang. Model yang diamalkan oleh kerajaan adalah “meminjam untuk
membayar.” Kerajaan menerbit bon baru untuk membayar bon lama, model ini sudah
terbukti akan membawa parah pada satu hari nanti. Terbitan bon oleh kerajaan
dengan sovereign guarantee semakin rancak kebelakangan ini khususnya 1 MDB yang
kini berhutang RM38.4 billion, tetapi tujuan terbitan bon banyak diantaranya
adalah untuk membayar hutang.
Mengikut bajet kali ini, selain dari jumlah hutang
yang melebihi RM530 billion, tanggungan kerajaan untuk contingent liability
juga mencapai paras rekod terbaru dengan jumlah RM143.1 billion atau 15% dari
KDNK kita. Sekiranya kedua-dua ini dicantumkan, hutang Negara yang sebenar
adalah berjumlah lebih kurang 70% daripada KDNK, ini adalah satu gejala yang
akan membawa padah jika tidak ditangani dengan segera.
TYP, Alangkah baiknya jika kerajaan menguruskan
kewangan awam dengan penuh hemah, jumlah dana yang begitu besar ini boleh
disuntikkan ke dalam sector pendidikan, nescaya ia akan mampu mendirikan 23
buah Universiti Baru untuk mendidik dan mencungkil bakat modal insan untuk
pembangunan Negara.
Keempat,
bajet ini juga menunjukkan phenomena perkembangan yang negatif dimana
jumlah perbelanjaan mengurus sebanyak RM217.7 billion adalah satu lagi rekod
baru. Jumlah ini merupakan 82.4% dari jumlah bajet, jumlah ini yang semakin
meningkat mencerminkan tanggungan kerajaan yang semakin berat manakala jika
dibandingkan dengan jumlah perbelanjaan pembangunan, jumlahnya jatuh ke bawah
paras 20%, RM46.5 billion yang diperuntukkan untuk tujuan pembangunan Negara
sebenarnya hanya 17.6% dari jumlah bajet yang disediakan.
Saya rasa terpanggil untuk membawa perhatian Dewan
yang mulia ini bagaimana belanjawan diagihkan pada tahun-tahun lepas seperti
berikut : -
Tahun mengurus/Bil membangun Bajet %bangun %Urus
2003 71.7 33 104.7 31.52% 68.48%
2004 80 29 109 26.61% 73.39%
2005 89.1 27.6 116.7 23.65% 76.34%
2006 101.2
32.8 134 24.48% 75.52%
2007 113 42 155 27.10% 72.90%
2008 128.8 39.2 168 23.33% 76.66%
2009 157.1 49.5 206.6 23.96% 76.04%
2010 152.2
54 206.2 26.19% 73.81%
2011 162.8
49.2 212 23.21% 76.79%
2012 181.6
51.2 232.8 21.99% 78.06%
2013 201.9 49.7 251.6 19.75% 80.24%
2014 217.7
46.5 264.2 17.60% 82.39%
Sekiranya kita perhatikan statistik dari jadual di atas, perbelanjaan mengurus
kerajaan m’sia meningkat lebih kurang 300% dalam tempoh 10 tahun, pertambahan
perbelanjaan mengurus sebanyak RM137.7 billion adalah satu angka yang cukup
membebankan.
TYP, M’sia adalah Negara yang sedang membangun tetapi
bajet yang disediakan oleh kerajaan BN dalam tempoh 10 tahun ini menjurus
kepada pengurusan dan x pembangunan. Nisbah yang begitu rendah disediakan untuk
tujuan pembangunan mencerminkan kelemahan pengurusan kewangan dan displin
kewangan sector awam perlu dipertingkatkan dengan segera.
TYP, sekiranya kita memetik kandungan bajet kali ini,
jelas kita dapat melihat kos tanggungan sektor perkhidmatan awam kerajaan kini
sudah menjadi beban kewangan utama kerajaan. Pada tahun 2014, emolument
kakitangan kerajaan dijangkan akan berkembang menjadi RM63.6 billion, jumlah
ini merupakan 1/3 daripada jumlah perbelanjaan mengurus, ia adalah jauh lebih
tinggi jika dibandingkan dengan bajet pembangunan Negara yang hanya berjumlah
RM46.5 billion. Jika dibandingkan dengan pembelian asset, hanya RM140 juta
disediakan untuk tujuan tersebut, iaitu 0.7% sahaja dari perbelanjaan mengurus.
Kerajaan perlu merangka paradigm swift dalam bidang perkhidmatan awam khususnya
M’sia kini telah menjadi Negara yang mempunyai nisbah bilangan kakitangan awam
yang tertinggi di Asia dengan jumlah sebanyak lebih kurang 1.4 juta orang
walaupun projek e government telah menelan kos berbillion ringgit.
TYP, setelah dikupas, sekiranya kerajaan bertekad
untuk membawa ekonomi Negara kembali ke landasan yang betul, kerajaan perlu
mengatasi masalah 4 P yang kian membawa padah kepada rakyat jelita. Masalah 4P tersebut saban tahun ditegur dan
dibangkit oleh Laporan ketua Audit Negara iaitu “Pembaziran, Pemborosan,
Penyelewengan dan Penyeludupan”.
PEMBAZIRAN yang wujud
dengan cara kerajaan mengurus wang rakyat telah menimbulkan perasaan marah dan
syakwasangka di kalangan rakyat jelata.
Contoh terbaik adalah Kementerian Belia & Sukan belanja RM1.6 juta untuk mengupah penyanyi
korea K-pop untuk memberi persembahan di Festival Belia. Kita tidak membantah
hiburan dan persembahan artis, tetapi menggunakan duit rakyat untuk membiayai
persembahan artis sedemikian bukan lain bukan adalah satu bentuk pembaziran.
Kedua, PEMBOROSAN yang wujud
disektor awam juga menimbulkan perasaan tidak senang hati kepada Rakyat.
Apabila subsidi terpaksa dikurangkan, GST diperkenalkan, harga minyak dan gula
kian meningkat, kita dapati kerajaan x pernah mengambil ikhtibar dari kegawatan
ekonomi dan kesusahan rakyat yang kian mencabar. Saya ingin memberi contoh
bagaimana Jabatan Perdana Menteri menggunakan duit rakyat. Pada bajet kali ini,
kos operasi dan mengurus JPM sahaja berjumlah RM989 juta, malahan kita boleh menghalusi jumlah duit yang ditanggung
oleh kerajaan untuk YAB Perdana Menteri dari Pekan : -
- Bil Elektrik Seri Perdana RM2.23 juta
2. Bil Air RM310
ribu
- Sewa Jet peribadi RM28.8 juta
- Ubah suai jet RM3.32 juta
- Lawatan luar Negara PM dlm 5 tahun RM44.2 juta
6. Sewa Seri
Perdana setahun RM6.60
juta
Tanggungan kerajaan untuk perbelanjaaan yang berkaitan
dengan Perdana Menteri setahun berjumlah lebih RM 1 billion. Bukankah ini satu
pemborosan? Renung-renungkanlah.
TYP, selain dari pembaziran dan pemborosan, PENYELEWENGAN jelas wujud dikalangan
sector awam. Tiap-tiap tahun Laporan Audit Negara jelas menyentuh perkara
seperti beli barangan dengan harga x masuk akal, kos projek melambung, projek
gajah putih, projek ego pemimpin, projek sakit dan malahan projek runtuh dll.
1. Jam
RM100 RTM
beli dengan RM3810
2. Scanner
RM200 beli dengan RM14,380
3. Teropong
RM750 beli dengan harga RM53,000 dll.
Bah kata pepatah melayu, kerana nila setitik, rosak
susu sebelangga, angkara segelintir kakitangan awam telah mencemarkan imej
sector perkhidmatan awam. Tindakan kerajaan menubuhkan jawatankuasa kerja yang
diketuai oleh KSN untuk menyiasat laporan audit jelas sudah tidak memadai.
Kerajaan harus mengambil tindakan drastik menangkap ulat-ulat sebegini seperti
buang kerja, bayar pampasan, sita harta dan hukuman berat yang setimpal dengan
kesalahan supaya dapat menegakkan integriti di sektor perkhidmatan awam dan
mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kerajaan.
TYP, masalah 4 P yang terkini adalah Penyeludupan.
Dalam aspek ini, Mengikut penyelidikan British
American Tobacco Co, syarikat rokok terbesar Negara ini, Malaysia kehilangan hasil cukai RM2 billion akibat dari
penyeludupan rokok ke dalam Negara ini . Mengikut laporan media, Malaysia juga
mempunyai kadar penyeludupan rokok yang tertinggi di dunia, dimana 1/3 rokok
yang ada di pasaran didapati merupakan hasil produk dari lambakan aktiviti
penyeludupan secara haram. Akibat dari kegiatan penyeludupan yang berleluasa
dan sindiket berjaringan, kerajaan telah hilang hasil cukai duti yang besar
dianggarkan RM2 billion setahun. Kehilangan hasil ini masih tidak termasuk
kerugian cukai akibat penyeludupan minuman keras ke dalam Negara ini yang
dijangka lebih besar.
Sekiranya kerajaan serius mendahulukan rakyat,
kerajaan harus mengambil tindakan segera mengatasi masalah 4P ini maka ia akan
membantu kerajaan menjimatkan RM28 billion dari rasuah dan RM6.5 billion dari
pembaziran. Jumlah lebih RM34 bilion ini sudah lebih dari memadai untuk
merangkumi hasil yang bakal dikutip berikutan perlaksanaan GST yang akan
bermula pada April Fool, 2015.
GST
Goods & Services Act, Singapore bermula dari 3%,
New Zealand 4% dan jepun 3%. Sehingga kini pun Korea mengamalkan kadar GST 5%
dan Taiwan 5%. Apakah dayanya Malaysia yang mempunyai pendapatan per kapita
yang jauh lebih rendah pula melaksanakan GST dengan kadar permulaan yang begitu
tinggi?
Teras pertama Bajet kali ini adalah “merancakkan
ekonomi”, bagaimanakah kerajaan mampu merancakkan ekonomi apabila pendapatan
disposable income rakyat akan berkurangan apabila GST mula dilaksanakan?
Apabila daya pembelian rakyat terjejas, pasaran domestik akan terus merasakan
baham dari perlaksanaan cukai baru ini.
Menteri JPM, Dato Seri Idris Jala meramalkan sekiranya
GST dilaksanakan, kerajaan akan memperolehi hasil cukai RM27 billion. Sekiranya
andaian beliau adalah tepat, dengan jumlah penduduk 27.4 juta yang sedia ada,
setiap rakyat akan terpaksa menanggung RM1000 setiap orang dan jika dikira dari
isi rumah, jumlah tersebut akan jauh lebih dahsyat lagi.
PR berasa GST bukan sahaja akan membebankan rakyat,
meningkatkan inflasi malahan akan menjejaskan pembangunan ekonomi Negara.
Kecuali apabila pendapatan per kapita rakyat M’sia mencapai satu tahap yang
memuaskan, pendapatan per kapita yang sedia ada tidak menawarkan suasana yang
kondusif untuk perlaksanaan cukai baru ini.
TYP, Bajet 2014 ini dirangka bertemakan
“Memperteguhkan ketahanan ekonomi, memperkasa transformasi dan melaksanakan
janji”. Saya ingin menyentuh aspek “melaksanakan janji”.
Pada Februari 2012 YAB Pekan berkata, saya memetik
kata-kata beliau : “ Harga Minyak RON95
tetap akan dikekalkan tidak kira perubahan pada minyak harga pasaran dunia.
Subsidi kerajaan akan diteruskan kerana kos hidup rakyar yang semakin tinggi.”
Manusia pegang kepada kata, binatang pegang kepada
tali. Saya lebih cenderong untuk mempercayai kata-kata Pekan kerana beliau
seorang Perdana Menteri, tetapi kini janji tidak dikota, janji tidak ditepati
dan sebaliknya janji dimungkiri. Kenaikan harga petrol 20 sen selepas
pilihanraya jelas terbukti rakyat sudah tertipu oleh pemimpin mereka sendiri
khususnya mereka yang mengundi Barisan Nasional.
Selain itu, dari cara kerajaan BN menyediakan bajet
kali ini dan ucapan pembentangan YB Pekan, jelas YB Pekan cuba membals dendam
terhadap pengundi masyarakat Cina kerana tidak lagi mempercayai BN.
TYP, sikap yang betul adalah kerajaan BN harus renung
mengapa masyarakat tiong hua tidak lagi percaya dan sokong parti itu dan
mencari ikhtiar memenang semula hati masyarakat Tiong hua dan bukan mengamalkan
diskriminasi kaum sebagai balas dendam yang akhirnya pasti akan makan diri.
Melayu, Cina, India dan kaum lain semuanya anak
Malaysia dan ini slogan tourism Malaysia-truly Asia. Semua rakyat harus diberi
layanan yang adil dan saksama dan siapa mereka hendak undi adalah hak demokrasi
masing-masing.
TYP, Corak Pengagihan duit cukai rakyat berdasarkan
kepada sentimen perkauman tetapi bukan berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan adalah satu model yang gagal, daya
pemikiran yang berdasarkan kepada warna kulit adalah satu perkara tragik kepada
Negara kita khususnya Malaysia adalah Negara berbilang kaum. Jika kerajaan BN
bangga dengan amalam perkauman secara terbuka, Slogan 1 Malaysia kini boleh
dibuang dalam tong sampah dan dijadikan bahan ketawa dunia sebagai transformasi palsu yang memalukan.
Negara Malaysia sudah mencapai kemerdekaan sejak 56
tahun, tetapi adalah amat kesal corak pemikiran pemimpin Negara masih lagi
terbelenggu dalam politik perkauman yang sudah jauh ketinggalan. Akibat minda
yang miskin ini, Malaysia kehilangan lebih 1 juta modal insan yang amat
diperlukan untuk pembangunan Negara supaya membantu misi Negara mencapai
wawasan Negara maju.
TYP, memandangkan keselamatan social yang semakin
merosot sehingga isu keselamatan social kita menjadi isu paparan utama
International New York Times, bajet kali ini memperuntukkan RM8.8 Billion untuk
pasukan polis. Jumlah bajet yang besar ini mencerminkan betapa seriusnya
masalah keselamatan masyarakat yang kini tidak lagi selamat. PDRM mempunyai
sejarah 200 tahun, ia adalah pasukan displin, PR menghargai segala pengorbanan
dan bakti yang dicurahkan oleh pasukan polis tetapi kejadian seperti 133
senjata hilang jatuh ke dalam laut dan ada pula pistol polis hilang dijamban
dan malahan ada polis terlibat dalam kes rogol telah merosakkan imej polis dan
mereka yang bersalah mesti dirujuk ke muka pengadilan dan bukan lagi dikompromi
dan .
- HELP Kedoktoran kepada pemimpin Korea utara Kim
TYP, sebagai ahli dewan yang mulia ini, kita mewakili
suara rakyat, dan suara rakyat adalah suara keramat, segala teguran, cadangan
dan kritikan membina dalam teks perbahasan ini adalah bertujuan untuk melayari
bahtera Negara ke mercu jaya dan kompetitif di pesada antarabangsa, semoga
bajet ini dilimpahi barakah dan membawa kersejahteraan untuk rakyat sebagai
kerajaan dari rakyat dan demi Rakyat.
Sekian, terima kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan