Kenyataan media Ketua
Whip DAP dan Ahli Parlimen Seremban Loke Siew Fook pada 3 September 2013 di
Kuala Lumpur
Respons
terhadap kenyataan Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman

Apabila Setiausaha
Agung DAP Lim Guan Eng meminta untuk bertemu dengan Ketua Pengarah ROS untuk
membincangkan soal tersebut, permintaan tersebut ditolak serta-merta dan
langsung tidak memberikan ruang kepada kami untuk berbincang secara bersemuka.
Dalam surat ROS
bertarikh 30 Julai 2013 untuk mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan semula Jawatankuasa Ekskutif Pusat
(CEC), ROS bukan sahaja tidak memberikan alasan, malah juga tidak meletakkan
apa-apa syarat, prosedur atau jangkamasa dalam pemilihan semula tersebut dan
tidak meminta surat jawapan daripada pihak kami. Justeru itu, kenyataan Ketua
Pengarah ROS yang mendakwa DAP tidak mematuhi prosedur pemilihan semula adalah
satu kenyataan yang sangat mengelirukan.
Dalam mana-mana proses
pemilihan parti, laporan lengkap bersama dengan senarai jawatankuasa baru yang
terpilih hanya akan dihantar kepada ROS selepas pemilihan tersebut. Prosedur
dalam proses pemilihan adalah tertakluk kepada Perlembagaan Parti masing-masing
dan tidak ada syarat untuk memaklumkan ROS dalam perkara tersebut.
Ibupejabat DAP sedang
dalam proses menghantar notis Kongres Khas kepada para perwakilan parti dalam
minggu ini. DAP juga telah melantik sebuah firma audit antarabangsa untuk semua
proses pemilihan tersebut. DAP komited untuk menjalankan proses pemilihan
semula tersebut secara teratur dan telus.
Memandangkan ROS sering
mencari alasan untuk mengenakan tindakan ke atas DAP, surat makluman kepada ROS
akan dihantar secara tangan ke Ibupejabat ROS dalam minggu ini juga.
LOKE
SIEW FOOK
Tiada ulasan:
Catat Ulasan