Setiap tahun 10 hingga 20 orang Pakar Perubatan Kecemasan akan menamatkan ijazah sarjana perubatan di universiti tempatan. Mereka akan ditempatkan di hospital- hospital utama di seluruh negara.
Setiap tahun 1 atau 2 orang Pakar Perubatan Kecemasan dihantar ke luar negara untuk melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan kecemasan selama 6 bulan hingga 1 tahun
Pakar Perubatan dan Pegawai Perubatan juga dihantar mengikuti latihan Advanced Trauma Life Support (seramai 102 orang telah dilatih)
Penolong Pegawai Perubatan yang tamat pengajian diploma ditempatkan secara wajib di Jabatan Kecemasan & Trauma selama 6 bulan sebelum memulakan posting di hospital kerajaan
Penolong Pegawai Perubatan digalakkan untuk melanjutkan pengajian Pos- Basik Kecemasan (seramai 855 orang telah dilatih dengan Pos-Basik Kecemasan
Semua anggota Jabatan Kecemasan & Trauma diwajibkan menjalani latihan Basic Life Support (BLS)
Pemandu Ambulan juga diberi latihan pemanduan ambulan yang merangkumi aspek perawatan pesakit dan teknik pemanduan ambulan yang berhemah
Soalan Lisan Ahli Parlimen Parit Sulong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan