Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 17 September 2013 di Ipoh.
Gambar Hiasan |
Adakah ibu tunggal dari kalangan kaum India mengetahui tentang kad diskaun? Ini adalah satu program di bawah Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ramai dari kalangan ibu tunggal kaum India tidak mengetahui tentang program ini.
Ini adalah satu daripada kelemahan pemimpin-pemimpin MIC dan dari komponen Barisan Nasional. Program-program yang penting seperti ini tidak diturunkan ke peringkat akar umbi terutamanya kaum India. Inilah punca kegagalan MIC untuk menang kerusi-kerusi Parlimen dan DUN yang ditandingi.
Ramai diantara ibu tunggal kaum India hidup dalam keadaan merana dan tidak mendapat apa-apa bantuan daripada mana-mana pihak. Walaupun ada program-program tertentu seperti kad diskaun tetapi tidak sampai kepada pengetahuan mereka. Siapakah sepatutnya bertanggung jawab untuk masalah ini kalau bukan pemimpin- pemimpin Barisan Nasional itu sendiri.
Kerajaan menawarkan kad SKUAD PENGGUNA kepada golongan ibu tunggal yang berdaftar dengan Persatuan ibu tunggal. Pemegang kad SKUAD PENGGUNA boleh menikmati diskaun istimewa ke atas produk/perkhidmatan yang ditawarkan oleh premis perniagaan yang menyertai program ini.
Pemberian kad SKUAD PENGGUNA membolehkan pengguna menerima potongan harga hingga 50% bagi pembelian barangan keperluan di 2170 premis perniagaan di seluruh negara, termasuk Kedai Rakyat 1 Malaysia. Sehingga Jun 2013, seramai 12,561 orang ibu tunggal telah menerima kad SKUAD PENGGUNA. Daripada jumlah ini berapakah yang terdiri daripada ibu tunggal kaum India? Saya mahu penjelasan daripada Presiden MIC yang juga merupakan menteri kabinet berhubung dengan perkara ini,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan