Media statement by the Pakatan Rakyat Education Taskforce in response to the National Education Blueprint ( NEB) Final Document on the 9th of September, 2013 in Kuala Lumpur
Almost one year after the release of the preliminary report of the Malaysian Education Blueprint 2013-2025, the finalized document shows very little substantive changes and fails to address the concerns and incorporate the feedback of many stakeholders
The final version of the Malaysian Education Blueprint 2013-2025 was released on the 6th of September, almost one year after 11th of September, 2012, when the preliminary report was released. During this one year period, in the run-up to the Final Blueprint, the Minister was supposed to ‘embark on a second round of intensive public consultations to gather feedback from different stakeholder groups to incorporate into the Final Blueprint’.
We were waiting in anticipation that the Ministry would be true to its word and incorporate much of this feedback into the final document, especially in areas where shortcomings have been identified. Unfortunately, the final document fails to address many of the concerns previously expressed by stakeholders after the release of the preliminary blueprint. Furthermore, what is ‘new’ in the final blueprint is not transformational and fails to give confidence that the state of the education system in Malaysia is making a turn for the better.
Among the key additions to the Final Blueprint are (i) Making SPM English a compulsory pass in 2016 (ii) A new BM syllabus for National-Type Schools (iii) Increase the % of higher order thinking skills (HOTS) questions for the UPSR, Form 3 and SPM exams (iv) revamping the teacher training colleges (v) expanding the initiatives for special needs education.
While these and other aspirations, ideals and programs outlined in the Final Blueprint are laudable and are deserving of support, these are largely incremental and administration changes rather than the much needed reform and renewal which is necessary to turn around our education system. This view was expressed in an internal memo by the Malaysian Independent Review Panel led by Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, the vice-chancellor of the Albukhary International University after the Preliminary Blueprint. The Final Blueprint does not seem to have taken the advice of this Review Panel which was established by the Minister.
Furthermore, many of the concerns and recommendations of stakeholders were totally ignored. There was no mention of building new schools according to the needs and demands of parents, most notably Sekolah Agama Rakyat and Sekolah Kebangsaan Jenis Cina and Tamil. While we welcome the plan to recruit teachers from the top 30% of each graduating cohort, the Final Blueprint is silent on steps to ensure a more diverse teaching workforce. While the Final Blueprint outlines a strategy to devolve more decision making power to education agencies at the state and local levels, it has no provision to include the state and local governments in any decision making process. While the intention to place more emphasis and resources into vocational education has been expressed in the Final Blueprint, it makes no mention of any efforts to streamline technical, vocational and skills training among the different Ministries which offer these programs namely the Ministry of Human Resources and the Ministry of Youth and Sports in addition to the Ministry of Education.
Many NGOs and stakeholders requested for the Ministry to not rush to implement the Education Blueprint but allow them to study the Final draft. Unfortunately, the Minister has turned a deaf ear to these requests and have gone on to announce a Final Blueprint which fails to excite, neglects many concerns and recommendations of stakeholders and does not inspire confidence that a substantive renewal and reform of our education system will take place.
Pakatan Rakyat Education Taskforce
**
Kenyataan Media Pakatan Rakyat Education Taskforce mengenai Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia (PPM) pada 9hb September 2013
Hampir setahun selepas pengumuman laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, pelan muktamad tidak menunjukkan perubahan substantif dan tidak menangani kebimbangan dan menggabungkan maklum balas daripada pelbagai pihak.
Versi muktamad Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 telah dilancarkan pada 6hb September, hampir satu tahun selepas 11 September, 2012, apabila laporan awal dikeluarkan. Dalam tempoh satu tahun ini, semasa menunggu Pelan ini dimuktamadkan, Menteri sepatutnya ‘mengadakan pusingan kedua perundingan dengan pihak awam secara intensif untuk mendapatkan pandangan daripada kumpulan pihak berkepentingan yang berbeza untuk digabungkan dalam dokumen akhir pelan pendidikan.'
Dalam tempoh masa satu tahun ini, kami menunggu dengan harapan bahawa Kementerian akan berpegang kepada janji untuk menggabungkan maklum balas daripada pihak berkepentingan ke dalam dokumen muktamad, terutamanya di kawasan-kawasan kelemahan yang telah dikenalpasti. Malangnya, pelan muktamad gagal menangangi banyak kebimbingan yang telah dinyatakan sebelum ini oleh pihak-pihak berkepentingan selepas pengumuman dokumen awal. Tambahan pula, apa yang 'baru' dalam pelan muktamad tidak bersifat ‘ transformational’ dan gagal untuk memberi keyakinan bahawa sistem pendidikan di Malaysia akan bertambah baik dibawah pelan ini.
Antara yang baru dalam pelan muktamad ini adalah (i) Mewajibkan kelulusan Bahasa Inggeris di tahap SPM pada 2016 (ii) Sukatan pelajaran BM yang baru untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil (iii) Meningkatkan peratusan soalan yang memerlukan kemahiran berfikir aras tinggi di peperiksaan UPSR, Tingkatan 3 dan SPM (iv) menyusun semula Institut Pendidikan Guru (IPG) (v) memperluaskan inisiatif untuk keperluan pendidikan khas.
Walaupun visi, aspirasi dan program yang digariskan dalam pelan ini patut dipuji dan disokong, mereka hanya adalah perubahan ‘incremental’ dan bukannya pembaharuan yang amat diperlukan untuk memulihkan sistem pendidikan kita. Pandangan ini telah dinyatakan dalam sebuah memo dalaman oleh Panel Penilai Bebas Malaysia yang diketuai oleh Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak, Naib Canselor Albukhary International University selepas pelan awal dikeluarkan. Pelan muktamad nampaknya tidak mengambil nasihat yang diberikan oleh Panel tersebut, yang ditubuhkan oleh Menteri.
Tambahan pula, banyak kebimbangan dan cadangan pihak berkepentingan sama sekali diabaikan. Pelan muktamad tidak ada menyebut langsung rancangan untuk membina sekolah baru mengikut keperluan dan permintaan ibu bapa, terutamanya Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Kebangsaan Jenis Cina dan Tamil. Walaupun kita mengalu- alukan rancangan untuk pengambilan guru-guru daripada kalangan 30% graduan terbaik, pelan muktamad tidak menggariskan sebarang rancangan untuk memastikan bahawa guru setiap ‘kohort’ menggambarkan masyarakat Malaysia yang majmuk. Sementara pelan muktamad menggariskan strategi untuk menyerahkan lebih kuasa kepada agensi-agensi pendidikan di peringkat negeri dan tempatan, ia tidak memberi apa-apa peranan kepada kerajaan negeri dan tempatan yang juga merupakan pihak berkuasa yang berkepentingan. Walaupun niat untuk memberi penekanan yang lebih dan mengalihkan lebih banyak sumber kepada pendidikan vokasional dinyatakan dalam pelan muktamad, tatapi ia tidak menyentuh langsung usaha untuk menyelaraskan sekolah teknikal, vokasional dan kemahiran di antara kementerian-kementerian selain daripada Kementerian Pendidikan yang menawarkan program-program berkenaan iaitu Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan.
Banyak pertubuhan NGO dan pihak berkepentingan meminta Kementerian untuk tidak tergesa-gesa untuk melaksanakan Pelan muktamad ini, tetapi memberi lebih masa untuk membolehkan mereka mengkaji draf akhir. Malangnya, Menteri telah memekakkan telinga kepada permintaan ini dan telah mengumumkan satu pelan muktamad yang tidak menarik, yang mengabaikan banyak kebimbangan dan cadangan pihak berkepentingan dan yang tidak memberi keyakinan bahawa pembaharuan yang substantif dan reformis di sistem pendidkan kita akan berlaku.
Pakatan Rakyat Education Taskforce
Best regards,
Ooi Heng
Parliamentary Research Head
KEADILAN Parliamentary Research Unit
Office of the Leader of the Opposition
Level 14, Tower Block
Parliament of Malaysia
Kuala Lumpur.
Email: ooiheng@gmail.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan