Isnin, 2 September 2013

Kenapa pihak pembangkang tidakdiberi peluang berkempen melalui TV dan radio sewaktu PRU13



PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
PERTANYAAN     : JAWAB LISAN
DARIPADA           : TUAN SIVAKUMAR A/L VARATHARAJU NAIDU(Batu Gajah)
TARIKH                 : 17 JULAI 2013
SOALAN                : 69

Tuan Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (Batu Gajah) minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA menyatakan kenapa pihak pembangkang tidakdiberi peluang berkempen melalui TV dan radio sewaktu PRU13 seperti Negara-negara maju yang mengamalkan polisi-polisi dan manifesto Kerajaan dan pembangkang untuk membuat penilaian yang jitu.
JAWAPAN :



Tuan Yng di-pertua’
Kementerian melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sentiasa menggunakan pendekatan laporan seimbang (balance reporting) dan berdasarkan nilai berita (news value). Siaran berita adalah berasaskan fakta dan bukan laporan sewenang-wenangnya tanpa sumber yang sahih dan authority. Oleh itu, RTM adalah bertanggungjawab terhadap laporan dan pemberitaannya.

 Untuk makluman, berdasarkan Garis Panduan Siaran dan Prosedur Tetap Operasi Pemberian Ruang Masa Siaran Kepada Parti Politik Di Media Elektronik Kerajaan yang telah dikeluarkan (KPKK) awal tahun 2013 bahawa kesemua parti politik Malaysia yang bertanding di dalam pilihan Raya Umum Ke-13, termasuklah pihak Pembangkang telah diberikan peluang untuk menyiarkan bahan-bahan siaran mengenai kempen-kempen politik menerusi RTM yang perlu mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh KPKK berhubung format rancangan,rakaman rancangan,bahasa penghantar,kandungan ucapan serta syarat-syarat yang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan