Cadangan penubuhan UiTM untuk orang bukan Melayu:
AMK tolak cadangan, usul yang lebih inklusif.
Angkatan Muda Keadilan (AMK) tertarik dan ingin memberi maklum balas tentang cadangan penubuhan Universiti Teknologi MARA (UiTM) kepada orang bukan Melayu oleh Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Gelang Patah dan Penasihat Parlimen Parti Tindakan Demokratik (DAP).
AMK percaya, dalam amalan demokrasi, orang ramai bebas mengemukakan pendapat tentang sebarang isu dan pihak lain bebas untuk mengemukakan pandangan balas. Tanda sikap demokratik seseorang boleh dilihat melalui hujah yang dikemukakan, bukan sewenang-wenang melabel mana-mana pihak diperalat oleh pihak yang lain. Begitu juga dengan maklum balas yang diterima.
Usul yang dikemukakan oleh saudari Dyana ini perlu dibincangkan secara terbuka dan bijaksana dengan hemah dan sabar. Cadangan hampir sama pernah dikemukakan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor sebelum ini, iaitu agar UiTM mula membuat pengambilan pelajar bukan bumiputera. AMK yakin, isu teras di sebalik usul-usul ini ialah keadilan pendidikan kepada semua. Ini meliputi, tetapi tidak terhad kepada persoalan akses pendidikan yang sama ke pengajian tinggi.
Sebagaimana pernah dinyatakan di dalam Buku Jingga Pakatan Rakyat sebelum ini, jumlah sekitar 30% pelajar yang berpeluang menyambung pelajaran ke alam pendidikan tertiari secara relatifnya sangat rendah berbanding negara-negara maju. AMK percaya langkah untuk menambah akses ke pengajian tinggi perlu ditambah dari semasa ke semasa sesuai dengan kedudukan ekonomi negara.
AMK menolak cadangan penubuhan UiTM untuk orang bukan Melayu kerana ia hanya akan mengukuhkan lagi polarisasi kaum di negara ini. AMK percaya bahawa pendidikan sebagai sarana perpaduan, sebagaimana ditegaskan oleh tokoh-tokoh pendidikan dan pemimpin negara di awal kemerdekaan perlu diberi perhatian sewajarnya. Untuk itu, UiTM juga wajar mempertimbangkan pengambilan pelajar bukan Melayu mengikuti pengajian tinggi di sana. Ini tidak harus menjadi kejanggalan kepada UiTM kerana:
1) Meskipun berorientasikan bumiputera, falsafah universiti ini jelas menyatakan "setiap individu mampu mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni agar menjadi graduan profesional yang berupaya mengembangkan ilmu dan membangunkan diri, masyarakat dan negara."
2) UiTM mempunyai ramai tenaga pengajar bukan Melayu dan membuat pengambilan pelajar antarabangsa yang ramai. Bahkan, MRSM juga telah mempunyai kuota untuk pelajar bukan bumiputera. Ini akan mengukuhkan jati diri pelajar bumiputera bahawa mereka sebenarnya boleh dan mampu bersaing, dan tidak lemah sebagaimana sering dimomokkan.
3) UiTM boleh mula merancang untuk tidak lagi dieksklusifkan kepada bumiputera kerana kelompok pelajar bumiputera juga wujud di IPTA dan IPTS lain, juga di luar negara. Mereka dapat bersaing secara terbuka dan lebih terdedah dengan realiti masyarakat pelbagai kaum.
4) Perkara 153 tidak hanya berkisar tentang kedudukan istimewa orang Melayu, tetapi juga anak-anak negeri Sabah, Sarawak dan kepentingan sah kaum lain. UiTM tidak wajar melihat generasi baru anak-anak negeri Sabah, Sarawak dan kaum lain yang lahir di Malaysia sebagai warganegara yang lebih rendah berbanding pelajar antarabangsa yang diberikan tempat di universiti itu.
5) Mengikut Perkara 153 juga, keistimewaan pendidikan boleh diberikan dan boleh ditarik balik. Justeru, AMK berpendapat justifikasi keistimewaan yang digunakan oleh UiTM harus memberikan keutamaan kepada golongan berpendapatan rendah dan orang kelainan upaya yang berbakat dan boleh dimajukan.
6) AMK sedar cadangan-cadangan yang diberikan di atas mungkin boleh menimbulkan kontroversi. Ia tidak bermaksud mesti diadakan dalam kadar masa segera namun mesti mula dibincangkan secara terbuka dengan hemah dan bijaksana. Sudah tentu, perbincangan mesti diperluas kepada pelbagai isu kritikal dalam pendidikan termasuk mengintegrasikan sekolah jenis kebangsaan melalui kurikulum bersepadu di bawah pentadbiran berautonomi, budaya ilmu dan memartabat profesyen perguruan dan pensyarah dan hala tuju pendidikan itu sendiri.
Shamsul Iskandar Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan
Ahli Parlimen Bukit Katil

Tiada ulasan:
Catat Ulasan