KPRU: Biar PETRONAS Lapor Kepada Parlimen Sebelum Laksana GST
Pada 27 Ogos 2013 lalu, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) mengumumkan bayaran dividen sejumlah RM27 bilion kepada kerajaan pada 2013, iaitu berkurang 3 bilion berbanding dengan RM30 bilion yang disumbangkan pada tahun lepas. Ini bermakna, pendapatan kerajaan akan menurun memandangkan PETRONAS yang merupakan penyumbang terbesar kepada sumber pendapatan kerajaan mengurangkan sumbangan dividennya.
Pada 2 September, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat “pengumuman gempar” bahawa harga diesel dan minyak petrol RON95 dinaikkan sebanyak 20 sen seliter mulai tengah malam hari tersebut. Pengumuman tersebut mengejutkan rakyat Malaysia daripada kemeriahan suasana sambutan Hari Kemerdekaan. Menurut Najib, ini merupakan salah satu langkah rasionalisasi atau penyusunan semula subsidi yang dilaksanakan secara berperingkat oleh kerajaannya. Ia juga merupakan salah satu insiatif menuju ke arah mengukuhkan kedudukan kewangan negara dalam menghadapi persekitaran ekonomi dunia yang mencabar.
Kedua-dua pengumuman tersebut dibuat secara berasingan dan kelihatan tidak berkaitan; pengamatan badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) pula mendapati keadaan yang sebaliknya. KPRU berpendapat, dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu, tambahan pula dengan penurunan pendapatan kerajaan, penurunan eksport negara, kejatuhan nilai mata wang negara dan fiscal defisit yang masih berada dalam kedudukan yang tinggi, serta pertumbuhan ekonomi negara yang gagal mencapai sasaran, pemotongan subsidi minyak ini yang menimbulkan keresahan bercampur dengan kemarahan di kalangan rakyat Malaysia merupakan salah satu langkah bagi mengurangkan perbelanjaan kerajaan di samping mengganti balik pendapatan kerajaan yang berkurangan, memandangkan Presiden PETRONAS, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas sebelum ini pernah mengumumkan bahawa PETRONAS berhasrat menetapkan nisbah pembayaran dividen pada paras 30 peratus, di mana jumlah dividen yang diisytiharkan akan berubah-ubah mengikut pendapatannya. Penting sekali, kenaikan harga minyak ekoran penstrukturan semula subsidi ini bakal diikuti dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
Maka, KPRU ingin mencadangkan, sebelum kerajaan Najib dengan tegasnya membawa GST ke Parlimen semasa pembentangan Belanjawan Negara 2014, kerajaan seharusnya pertama sekali meminda Akta Pembangunan Petroleum 1974 apabila Dewan Rakyat kembali bersidang pada 23 September ini, supaya PETRONAS bertanggungjawab kepada Parlimen, bukan sekadarnya bertanggungjawab kepada Perdana Menteri bagi menjamin ketelusan atau transparensi dalam tadbir urus kedua-dua kewangan PETRONAS dan kewangan negara.
Langkah ini bukan sahaja penting bagi mempertahankan kepentingan PETRONAS daripada terus dicekik oleh kerajaan dan terpaksa menyerahkan keuntungannya kepada kerajaan tanpa ketelusan, malah ia dapat menjawab persoalan mengapa harga petrol tidak diturunkan apabila harga minyak mentah pasaran antarabangsa mencatatkan penurunan. Khususnya, dengan mengambil kira kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis perasmian Seminar Minyak dan Gas Asia 2013 (AOGC) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 10 Jun bahawa industri minyak dan gas menyumbang lebih 40 peratus kepada pendapatan negara ini. Menurut beliau, kerajaan turut menjangka PETRONAS akan menjana RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK).
Seperti yang ditunjukkan dalam Jadual KPRU, PETRONAS merupakan pembayar cukai yang terbesar dan sumber hasil terbesar, di mana sumbangannya mencakupi sekurang-kurangnya 30 peratus daripada hasil kerajaan persekutuan.
Jadual KPRU: Hasil Kerajaan Persekutuan daripada Sumber Petroleum 2009-2013
Tahun
|
Jumlah Sumbangan Hasil daripada Sumber Petroleum (RM Juta)
|
Hasil Kerajaan Persekutuan (RM Juta)
|
Jumlah Sumbangan Petroleum sebagai Peratus Hasil Kerajaan (%)
|
2009
|
63,140
|
158,639
|
39.8
|
2010
|
55,313
|
159,653
|
34.6
|
2011
|
64,893
|
185,419
|
35.0
|
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan