Jangan
Menafikan Ekonomi Negara Lemah
1.
Dalam keadaan kelembapan ekonomi global, penurununan harga komoditi terutamaya
minyak, kelapa sawit, getah dan penyusutan nilai ringgit, sudah pasti akan
memberi kesan atau impak negatif kepada makro ekonomi negara secara
keseluruhannya.
2.
Kita juga mungkin akan menghadapi pengucupan dalam ekspot yang boleh mengganggu
imbangan pembayaran negara. Hutang negara juga telah meningkat begitu mendadak
dan menggerunkan. Ditambah pula dengan kenaikan harga barangan yang menjadi
cubitan yang dirasai oleh semua lapisan masyarakat.
3.
Tetapi, dalam ucapan bajet 2016 Perdana Menteri dengan beraninya memberitahu
dewan yang mulia ini bahawa Malaysia mampu berkembang sebanyak 5.5% sepanjang
tahun 2015. Diikuti pertumbuhan KDNK negara yang dijangka dapat berkembang pada
kadar 4 hingga 5% pada tahun 2016. Perdana Menteri juga telah berhujah bahawa
negara kita masih stabil, masih kukuh dengan economic fundamental dan terus
berdaya saing.
4.
Saya agak ragu-ragu tentang angka-angka dan kenyataan yang diberikanny itu. Saya memohon kepada Menteri Kewangan
untuk membuktikan faktor-faktor apakah yang mendorong untuk membuat unjuran
yang sedemikian.
5.
Pada hemat saya, negara kita kini berada di ambang krisis ekonomi. Kerajaan
harus mengelak daripada sindrom penafian yang boleh merugikan semua pihak.
Kerajaan perlu memberitahu keadaan yang sebenar supaya rakyat boleh
berhati-hati dalam menghadapi sebarang kemungkinan.
V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah
2 November 2015
Tiada ulasan:
Catat Ulasan