Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah
pada 17 November 2015 di Dewan Rakyat
Dalam Bajet 2015, kerajaan telah memperuntukkan RM800 juta
untuk membangunkan dan menyelenggarakan fasiliti pendidikan. Daripada jumlah
itu, RM450 juta disalurkan kepada Sekolah Kebangsaan, RM50 juta untuk SJKC,
RM50 juta untuk SJKT, RM 50 juta untuk sekolah Mubaligh, RM50 juta untuk
sekolah berasrama penuh, RM 50 juta untuk sekolah Agama bantuan kerajaan, RM50
juta untuk MRSM, RM25 juta untuk sekolah pondok dan RM 25 juta untuk Sekolah
Menengah Cina.
Tetapi dalam Bajet 2016 yang dibentangkan hanya RM500 juta
disediakan untuk semua sekolah yang berkenaan. Terdapat pengurangan sebanyak
RM300 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah. Kenapakah kerajaan tidak
menunjukkan pecahan peruntukkan untuk setiap jenis sekolah seperti dalam bajet
2015?
Adakah kerajaan cuba menutup sesuatu? Saya cukup khuatir
kerana kerajaan pasti akan memberi keutamaan kepada sekolah-sekolah kebangsaan
dan menganak tirikan sekolah-sekolah vernakular. Peruntukkan khusus untuk sekolah-sekolah
vernakular telah sengaja disenyapkan.
Saya bimbang sekolah-sekolah vernakular akan dimangsakan
dalam perebutan peruntukan oleh semua sekolah-sekolah lain. Tegasnya, saya
meminta Menteri Pendidikan untuk memberi pecahan peruntukan mengikut jenis
sekolah untuk mengelakkan sebarang salah
laku jika kerajaan tidak mempunyai apa-apa niat jahat dalam hal ini.
Dalam bajet 2015, 56.25% telah diperuntukkan untuk Sekolah
Kebangsaan. Manakala Sekolah Kebangsaan
Jenis Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Sekolah Agama menerima
6.25% masing-masing daripada jumlah
peruntukan keseluruhabnya. Jika proposi yang sama diguna pakai, maka Sekolah Kebangsaan harus meneerima RM281.25 juta
dalam bajet 2016. Manakala Sekolah-sekolah Cina, Tamil dan Agama patut menerima
sekurang-kurangnya RM31.25 juta masing-masing. Tetapi, Kementerian Pendidikan
gagal memberi agihan seperti ini untuk memudahkan semua pihak.
Jawapan yang diberikan oleh Menteri Pendidikan semalam
dalam menjawab perbahasan;
Pada dalam bajet 2016 tidak ada pecahan seperti
tahun-tahun yang lalu. Pihak Kementerian belum lagi membuat pengagihan lagi.
Ini adalah satu jawapan yang tidak boleh diterima. Nyata
terdapat udang disebalik batu dalam
jawapan Menteri yang mempunyai maksud tersirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan