Jumaat, 20 November 2015

Perbahasan YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Peringkat Jawatan Kuasa, Bajet 2016 pada 19 November 2015


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani

1) B21 Butiran 010400 Industri Padi Dan Beras

Kerajaan mensasarkan Tahap Sara Diri (SSL) beras pada kadar 100% menjelang tahun 2020. Berapakah jumlah hasil padi yang perlu dikeluarkan untuk mencapai SSL 100%. Berapakah Tahap Sara Diri beras pada tahun ini?

2) B21 Butiran 04000 Perikanan

Saya ingin mendapatkan jumlah tangkapan ikan mengikut negeri pada tahun lalu dan tahun ini. Apakah rancangan-rancangan kerajaan untuk memajukan dan mengembangkan industri perikanan  di Negeri Perak?

3) 21 Butiran 040700 Pembangunan Akuakultur


Adakah kerajaan mempunyai apa-apa cadangan untuk membantu penternak-penternak ikan kui di kawasan Kampung Bali, Tronoh, Parlimen Batu Gajah? Pengusaha-pengusaha ini menghasilkan produk ikan kui berkualiti tinggi, tetapi tidak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan