Rabu, 4 November 2015

Masalah Intergrasi Nasional Berpunca Daripada Parti Politik, Bukannya Sekolah-sekolah Vernakular

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah pada 3 November 2015 di Dewan Rakyat


Saya tertarik dengan hujahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Parit YB Dato Haji Mohd  Zaim Bin Abu Hasan yang membawa isu intergrasi kaum di negara kita dalam perbahasannya di Dewan Rakyat. Beliau berkata negara kita menghadapi masalah integrasi kaum yang semakin meruncing. Masalah Intergerasi antara kaum perlu diselesaikan untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan negara kita. Saya amat bersetuju dengan pandangan beliau itu.


Tetapi, beliau mendakwa bahawa masalah intergrasi nasional ini adalah berpunca di peringkat sekolah. Beliau menuduh bahawa pengwujudan sekolah-sekolah cina dan sekolah-sekolah Tamil merupakan faktor ataupun punca yang menggagalkan integrasi nasional. Beliau mendakwa kita telah mengasingkan kanak-kanak sekolah mengikut kaum di peringkat awal lagi. Beliau berpendapat penghapusan sekolah-sekolah vernakular yang digantikan dengan sekolah satu aliran akan mewujudkan integrasi nasional.


Saya berpeluang untuk mencelah perbahasan beliau. Saya memberitahu beliau supaya tidak mempersalahkan sekolah-sekolah vernakular kerana masalah intergrasi kaum di negara kita. Saya menegur beliau supaya tidak duduk di atas dan melihat ke bawah. Beliau hanya nampak sekolah-sekolah vernakular dalam perspektif yang cetek. Beliau gagal melihat punca kegagalan integrasi yang sebenar. Saya telah meminta beliau untuk duduk di bawah dan melihat ke atas.

Saya membidas pandangan beliau dengan hujah bahawa masalah intergrasi wujud di peringkat parti-parti politik komponen Barisan Nasional. Komponen-komponen parti Barisan Nasional adalah berasaskan perkauman. UMNO untuk orang-orang Melayu, MCA untuk  orang-orang Cina dan MIC untuk orang-orang India.


Perkauman adalah asas Barisan Nasional. Saya telah mencadangkan kepada Ahli Parlimen Parit supaya menyatukan parti-parti politik perkauman Barisan Nasional terlebih dahulu sebelum membincangkan isu pengwujudan sekolah-sekolah  vernakular  di negara ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan