Sabtu, 26 April 2014

Serangkap Sajak Di Malam Kenangan Sdr Karpal Singh , Hotel River Front Ipoh, 25 April 2014



Malam Untuk Mengenang Jasa Mu
Malam Yang Pahit Yang Ku Tak Mahu
Hati Gondah Membaca  Riwayat Hidup
Seorang Pewira Yang  Cekal Dan Cekung Pendirian

Pemergian Mu Mencarik Sanubari
Ku tahu, Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia Mati Meninggalkan Nama,
Inilah Pertama Kali  Ku Melihat
Pemergian Seorang  Insan
Yang  Meninggalkan  Nama Dan Belang Bersama
Harimau Jelutong Pujian Ramai

Seorang Cendiakawan Yang Disegani  dan Digeruni
Hebat Petah  Di Kamar Bicara
Hilangnya Seorang  Fadil  di Dunia Guaman
Yang Tidak Akan Kembali
Untuk Membuka Pintu Keadilan
Bagak Mu Itu  Tidak Ada  Gantinya  Lagi

Ku Pasti  Akan Rindui
Suara Mu Yang Lantang  Membela  Rakyat
Di Setiap Sudut  Dan  Penjuru  Dewan Mulia
Dewan Yang  Mengenal  Hembusan Mu Puluhan Tahun
Turut Akan Merintih  Dengan Gerimis  Air Mata
Kerana  Terpaksa  Membuka  Babak  Baru
Tanpa  Seorang  Negarawan  Yang  Teruji

Pelbagai Rintangan  Dan  Tomahan  Digelumur  Pada Mu
Angkara Musuh  Jahil Yang Gentar Menusuk Mata
Tetapi Perjuangan Mu Tetap  Dalam  Landasan  Keadilan
Kerana Kekuatan Semangat Mu Yang Tidak  Menganjak  Itu
Arca Mu Akan  Terpahat  Di Hati  Seluruh  Rakyat  Negara
Sebagai Pendekar Perlembagaan Yang Tiada  Tolok  Bandingnya

Walaupun Pemergian  Mu Dihampar  Beldu Merah
Hati Yang  Terguris  Masih  Tidak  Berani  Menerima Hakikat
Puluhan Ribu  Datang  Membalas  Budi, Tetapi  Bisu  Melihat
Pemergian Seorang  Pejuang  Yang Hening
Dalam Suasana  Penuh  Penghormatan
Tetapi Air Mata di Pipi  Tanpa  Mengira  Bangsa  Dan Agama
Nama Mu Mungkin  Dicacak Di  Sisir Pantai
Tapi Jasa Mu Akan Dikenang Di Hati Selama-lamanya

V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan