KENYATAAN MEDIA
YB.V.SIVAKUMAR , AHLI PARLIMEN BATU GAJAH
DI
BATU GAJAH PADA 11 APRIL 2014
‘ASEAN
: REFORMASI PENYELESAIAN PERTIKAIAN PERLU
UNTUK
MENINGKATKAN PRESTASI AFTA’
ASEAN
Free Trade Area (AFTA) merupakan satu perjanjian
perdagangan blok yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN untuk membantu
pengeluar-pengeluar tempatan. Perjanjian AFTA telah ditandatangani pada 28hb
Januari 1992 di Singapura, ketika itu melibatkan 6 negara ASEAN iaitu Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Negara Thai. Selepas itu, Vietnam
memasuki perjanjian AFTA pada tahun 1995 diikuti oleh Laos dan Myanmar pada
tahun 1997 dan Cambodia pada tahun 1999.
Ketua-ketua
negara ASEAN secara sebulat suara telah bersetuju untuk menubuhkan AFTA pada
tahun 1992. Pada masa sekarang AFTA melibatkan 10 negara ASEAN. Semua empat
negara yang memasuki ASEAN kemudian telah diwajibkan menandatangani AFTA
sebagai syarat penerimaan keanggotaan dalam pertubuhan ASEAN. Walau
bagaimanapun, beberapa syarat kelonggaran diberikan kepada negara-negara itu
dari segi tempoh masa melaksanakan obligasi penurunan tarif AFTA.
Matlamat
utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing negara-negara ASEAN di pasaran
antarabangsa dalam bidang pengeluaran dengan cara menghapuskan halangan atau
rintangan tarif & bukan tarif. Ini adalah untuk menjamin peningkatan aliran
perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN. Selain daripada itu, AFTA juga
bermatlamatkan untuk menarik lebih ramai pelaburan asing ke dalam negara-negara
ASEAN.
Kaedah
asas untuk mencapai matlamat-matlamat yang digariskan itu ialah dengan
melaksanakan Skim Keutamaan Tarif Samarata atau lebih dikenali sebagai The Common Effective Preferential Tariff
(CEPT) scheme yang diwujudkan secara jadual berkala pada tahun 1992.
Pendekatan pengurangan dan pemansuhan duti secara berperingkat ini dilaksanakan
bagi membolehkan industri-industri tempatan membuat pengubahsuaian supaya dapat
berdaya saing apabila duti impot diliberalisasikan sepenuhnya.
Bagi
menjawab soalan lisan saya pada 8hb April 2014, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri memberi jawapan bertulis dengan mengatakan ASEAN
telah mengambil langkah permulaan dengan mengurangkan dan memansuhkan duti
impot secara berperingkat mulai 1hb Januari 1993 melalui CEPT. Walau bagaimanapun,
mulai
1hb
Januari 2010 Skim CEPT dengan rasminya telah digantikan dengan Perjanjian
Perdagangan Barangan ASEAN atau ASEAN
Trade in Goods Agreement (ATIGA).
Brunei,
Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Negara Thai telah memansuhkan 99.2
% duti impot di bawah AFTA. Manakala Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam pula
telah memansuhkan duti impot sebanyak 72.57% sehingga Disember 2013.
Negara-negara ini akan memansuhkan duti impot keatas semua produk pada 1hb
Januari 2015.
Berdasarkan
jawapan yang diberikan oleh kerajaan, pada tahun 1992 iaitu satu tahun sebelum
perlaksanaan AFTA dan Skim CEPT, perdagangan negara kita dengan negara ASEAN
hanya pada kadar RM52.04 bilion. Selepas pelaksanaan CEPT di bawah AFTA iaitu
pada tahun 1993, Malaysia mencatatkan peningkatan perdagangan sebanyak 11%
kepada RM57.93 bilion.
Peralihan
daripada skim CEPT kepada ATIGA pada tahun 2010, Malaysia telah mencatatkan
RM305.93 bilion jumlah perdagangan dengan ASEAN. Pada tahun 2013, jumlah
perdagangan dengan negara-negara ASEAN meningkat kepada RM374.71 bilion.
Jumlah
perdagangan dengan negara-negara ASEAN mewakili 27.4% daripada jumlah dagangan
global pada tahun 2013. Jumlah ini masih boleh ditingkatkan dengan
strategi-strategi pemasaran yang lebih efektif. Walaupun ATIGA boleh dianggap
sebagai pemangkin dalam meningkatkan puturan ekonomi di rantau ini, tetapi
kerajaan juga harus mengenal pasti kaedah-kaedah lain untuk terus berdaya saing
bukan sahaja di kalangan negara-negara ASEAN malah juga di peringkat global.
Walaupun
ekspot Malaysia ke pasaran ASEAN meningkat 7.2% pada tahun 2013 berbanding
dengan tahun 2012, saya merasakan adalah agak sukar untuk negara kita
mengekalkan peratus peningkatan itu pada tahun 2014 dan 2015 kerana kelembapan
ekonomi di rantau ini.
Walaupun
perkiraan menunjukkan keuntungan yang agak besar untuk Malaysia melalui AFTA
tetapi ada beberapa perkara yang masih perlu diperbetulkan dalam pelaksanaan
perjanjian itu. Antara kekurangan dalam pelaksanaan AFTA secara efektif ialah
seperti berikut :
1) Peraturan umum ialah 'local ASEAN
content' mestilah sekurang-kurangnya 40% daripada 'Free On Board' nilai
barangan tersebut. Pengekpot perlu memperolehi 'Borang D' daripada negaranya
yang mengesahkan bahawa barangan itu memenuhi syarat 40% tersebut. Kemudian
Borang D itu akan dikemukakan kepada pihak kastam negara yang mengimpot untuk
memberi kelayakan kadar CEPT. Masalah timbul untuk membuktikan sesuatu barangan
itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Ini menimbulkan banyak kekeliruan
dan masalah kepada setiap pihak dalam ‘ASEAN national customs authority' untuk
menterjemaah dan melaksanakan syarat Borang D tanpa kordinasi yang menyeluruh.
2) Sekretariat ASEAN mempunyai kuasa
untuk mengawas dan memastikan pematuhan tetapan-tetapan AFTA. Tetapi, ia tidak
mempunyai kuasa perundangan untuk menguatkuasakan pematuhan oleh semua pihak
yang terlibat dalam perdaganagan. Ini menyebabkan pembuatan 'ruling' yang tidak konsisten. Berbeza
dengan EU dan NAFTA, tidak wujud mekanisme penyelesaian dalam bentuk 'join teams' dalam menangani masalah
pematuhan dan menyiasat pelanggaran syarat oleh mana-mana pihak yang terlibat.
Pada masa ini, Sekretariat ASEAN hanya boleh membantu dalam menjadi orang
tengah dalam sesuatu pertikaian tetapi tidak ada kuasa untuk menyelesaikan
pertikaian itu.
3) ASEAN Protocol on Enhanced Dispute Settlement Mechanism, ASEAN Senior
Economic Officials Meetings (SEOM) dan ASEAN
Economic Community Council juga tidak mempunyai kewibawaan untuk
menyelesaikan sebarang pertikaian di bawah perjanjian AFTA kerana persetujuan
diperlukan daripada semua negara ASEAN untuk membolehkan proses
pertimbangtaraan dimulakan. Sudah pasti, negara-negara yang terlibat dalam
pertikaian itu tidak akan memberi persetujuan yang diperlukan.
Kerajaan Malaysia harus menyokong
cadangan yang pernah dibuat oleh Setiausaha Agung ASEAN untuk membawa
pembaharuan atau reformasi dalam menentukan mekanisme penyelesaian pertikaian
supaya AFTA dapat ditadbir dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan