Sabtu, 26 April 2014

Jurang Ekonomi Bandar Dan Desa Merupakan Punca Penghijrahan Belia Ke Kota


Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Setiausaha Antarabangsa DAP Malaysia, Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 16 April 2014 di Batu Gajah

Sejauh manakah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah mengunakan peruntukan kerajaan secara efektif untuk program-program pembangunan di kawasan luar bandar. Kementerian ini merupakan satu kementerian yang penting untuk memastikan kemajuan dan pembangunan luar bandar sejajar dengan pekembangan semasa. Kementerian ini harus memastikan kawasan-kawasan luar bandar tidak ketinggalan dalam peredaran zaman.

Mewujudkan keseimbangan di antara bandar dan luar bandar adalah mustahil untuk dicapai. Walau bagaimanapun, langkah-langkah boleh diambil untuk memastikan supaya tidak wujud jurang yang besar di antara bandar dan luar bandar. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah harus merancang program-program, projek-projek dan aktiviti-aktiviti ekonomi yang boleh membawa kemajuan dan pembangunan di kawasan luar bandar.

Pembangunan luar bandar harus diberi perhatian yang serius oleh kerajaan supaya anak-anak muda mempunyai potensi untuk pencari rezeki di tempat mereka sendiri. Jika tidak, perpindahan belia-belia yang menganggur ke pusat-pusat bandar tidak dapat dielakkan. Kawasan -kawasan luar bandar akan menjadi kampung warga emas tanpa sebarang aktiviti ekonomi yang menguntungkan.

Daripada 'Rolling Plan' Ke 3, kira-kira RM2.9 bilion pada tahun 2013 dan RM2.3 bilion lagi bagi tahun 2014 digunakan untuk meneruskan program-program pembinaan dan penyelenggaraan jalan, bekalan air dan bekalan elektrik di luar bandar. Sebanyak RM137 juta digunakan bagi melaksanakan Program Desa Abad ke 21 melalui gerakan koperasi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa ini adalah satu jumlah yang cukup besar untuk membantu masyarakat luar bandar. Tetapi, kecekapan dan keberkesanan kerajaan membelanjakan peruntukan-peruntukan ini boleh dipertikaikan. Kerajaan harus telus  menunjukkan secara terperinci bagaimana peruntukan itu dibelanjakan  untuk mengiatkan aktiviti ekonomi setempat.

Selain daripada itu, kerajaan juga memperuntukkan RM344.6 juta bagi tahun 2013 dan RM370 juta lagi bagi tahun 2014 untuk pembangunan modal insan di sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya tidak bersetuju dengan peruntukkan ratusan juta ringgit yang diberikan  untuk pembangunan modal insan di bawah  kementerian ini.

Kerajaan harus menyelaraskan program-program pembangunan modal insan diantara Kementerian Kemajuan  Luar Bandar dan Wilayah , Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan kementerian-kementerian yang lain supaya tidak berlaku pertindihan dan pemborosan dalam membelanjakan yang dilakukan. Tidaklah perlu untuk setiap kementerian membiayai peruntukan pembangunan modal insan. Bocoran seperti in perlu ditampal sebelum menjadi parah dan melemahkan lagi ekonomi negara.

Serangkap Sajak Di Malam Kenangan Sdr Karpal Singh , Hotel River Front Ipoh, 25 April 2014



Malam Untuk Mengenang Jasa Mu
Malam Yang Pahit Yang Ku Tak Mahu
Hati Gondah Membaca  Riwayat Hidup
Seorang Pewira Yang  Cekal Dan Cekung Pendirian

Pemergian Mu Mencarik Sanubari
Ku tahu, Harimau Mati Meninggalkan Belang
Manusia Mati Meninggalkan Nama,
Inilah Pertama Kali  Ku Melihat
Pemergian Seorang  Insan
Yang  Meninggalkan  Nama Dan Belang Bersama
Harimau Jelutong Pujian Ramai

Seorang Cendiakawan Yang Disegani  dan Digeruni
Hebat Petah  Di Kamar Bicara
Hilangnya Seorang  Fadil  di Dunia Guaman
Yang Tidak Akan Kembali
Untuk Membuka Pintu Keadilan
Bagak Mu Itu  Tidak Ada  Gantinya  Lagi

Ku Pasti  Akan Rindui
Suara Mu Yang Lantang  Membela  Rakyat
Di Setiap Sudut  Dan  Penjuru  Dewan Mulia
Dewan Yang  Mengenal  Hembusan Mu Puluhan Tahun
Turut Akan Merintih  Dengan Gerimis  Air Mata
Kerana  Terpaksa  Membuka  Babak  Baru
Tanpa  Seorang  Negarawan  Yang  Teruji

Pelbagai Rintangan  Dan  Tomahan  Digelumur  Pada Mu
Angkara Musuh  Jahil Yang Gentar Menusuk Mata
Tetapi Perjuangan Mu Tetap  Dalam  Landasan  Keadilan
Kerana Kekuatan Semangat Mu Yang Tidak  Menganjak  Itu
Arca Mu Akan  Terpahat  Di Hati  Seluruh  Rakyat  Negara
Sebagai Pendekar Perlembagaan Yang Tiada  Tolok  Bandingnya

Walaupun Pemergian  Mu Dihampar  Beldu Merah
Hati Yang  Terguris  Masih  Tidak  Berani  Menerima Hakikat
Puluhan Ribu  Datang  Membalas  Budi, Tetapi  Bisu  Melihat
Pemergian Seorang  Pejuang  Yang Hening
Dalam Suasana  Penuh  Penghormatan
Tetapi Air Mata di Pipi  Tanpa  Mengira  Bangsa  Dan Agama
Nama Mu Mungkin  Dicacak Di  Sisir Pantai
Tapi Jasa Mu Akan Dikenang Di Hati Selama-lamanya

V.Sivakumar
Ahli Parlimen Batu Gajah

Sabtu, 12 April 2014

Najib Perlu Dedahkan Maklumat Mengenai RM560 Juta Yang Disalurkan Kepada Sekolah-Sekolah Tamil Dari Tahun 2009 Hingga 2013

Kenyataan Media YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 12 April 2014 di Ipoh


Kerajaan telah memperuntukan wang sejumlah RM560 juta untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil sejak tahun 2009. Ini merupakan satu jumlah yang besar dan boleh membantu menaik taraf sebahagian besar daripada sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang uzur.

Seperti mana kita semua sedia maklum banyak diantara sekolah-sekolah Tamil di negara kita memerlukan peruntukan kerajaan untuk membaik pulih bangunan dan menambahkan infra struktur supaya dapat memenuhi kehendak semasa. Perkara ini bukanlah perkara baru yang diperjuangankan  oleh masyarakat India  di negara ini. Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat biasa juga sentiasa membangkitkan isu sekolah-sekolah Tamil yang daif ini.

Kita juga tidak boleh lupa kepada peristiwa 25 November 2007 di mana puluhan ribu kaum India dari semua lapisan status sosio-ekonomi telah bersama-sama turun berhimpun di Kota Kuala Lumpur. Satu daripada ketidak puasan yang membangkitkan perasaan kemarahan kaum India di nagara ini ialah berhubung dengan sikap kerajaan yang sentiasa menganak tirikan sekolah-sekolah vernukular terutamaya sekolah-sekolah Tamil.  Ini merupakan salah satu faktor  yang menyebabkan tsunami politik berlaku dalam PRU12 dan menyebabkan pertama kali Barisan Nasional hilang majoriti 2/3 di Parlimen dan tumbang di Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Kelantan.

 Saya yakin kerajaan telah mempelajari kelemahannya daripada pengalaman ini dan telah mengambil beberapa langkah untuk menutup kesilapan-kesilapan lampau. Itulah sebabnua kerajaan mula memberikan peruntukan yang lebih besar mulai tahun 2009. Tujuan kerajaan adalah untuk menawan semula hati masyarakat India.


Oleh yang demikian, kerajaan telah memperuntukan wang sejumlah RM560 juta dari tahun 2009 hingga 2013 untuk memperolehi tapak baru, membina blok tambahan dan kerja-kerja naik taraf bagi sekolah-sekolah Tamil. Dari tahun 2009 hingga tahun 2011, dikatakan bahawa RM340 juta dibelanjakan untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil. Pada tahun 2012 sebanyak RM 100juta telah diperuntukkan untuk tujuan yang sama. Begitu juga, bagi tahun 2013 kerajaan memperuntukkan jumlah yang sama iaitu RM100 juta yang diluluskan dalam belanjawan kerajaan. Pada tahun tersebut sejumlah RM20 peruntukkan tambahan telah disalurkan  untuk membina dan memperbaiki  13 buah sekolah Tamil di seluruh negara.

Masalahnya  ialah samada wang sejumlah RM560 juta itu benar-benar disalurkan untuk pembangunan sekolah-sekolah Tamil.  Tidak ada perubahan yang besar yang dapat dilihat dan dirasakan oleh kaum India setelah sejumlah wang yang besar itu,  kononya telah dibelanjakan oleh kerajaan. Banyak lagi sekolah-sekolah Tamil yang berada dalam keadaan yang sangat uzur dan menyakitkan mata yang memandang.

Isu ini telah mengecewakan keseluruhan masyarakat India yang berasa tertipu dengan janji-janji yang diberikan  oleh kerajaan. Adakah wang sejumlah RM 560 juta benar-benar telah disalurkan kepada sekolah-sekolah Tamil? Jika benar, kerajaan harus bertanggungjawab untuk melaporkan melalui  siapakah wang itu disalurkan. Nayatakan nama sekolah-sekolah yang menerima peruntukan itu dan jumlah yang diberikan kepada sekolah-sekolah tersebut  dalam tempoh yang sama. Perkara ini perlu didedahkan segera oleh kerajaan supaya rakyat mengetahui keadaan yang sebenar.

Pemimpin-pemimpin MIC sedang membisu dalam hal peruntukan ini.  Maka, ini telah menambahkan lagi perasaan kecurigaan rakyat terhadap kerajaan dan parti MIC. Ada 2 kemungkinan yang berlaku jika kerajaan juga turut membisu dalam hal ini. 

1) Wang yang disalurkan kepada pihak-pihak tertentu itu  telah dilesapkan secara licik tanpa pengetahuan kerajaan.

2) Kerajaan tidak jujur memberikan peruntukan itu seperti mana yang telah dijanjikan. Hanya janji kosong pilihanraya untuk menipu masyarakat India.

Oleh yang demikian, saya  mendesak kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mendedahkan semua maklumat berkaitan dengan peruntukan wang sejumlah RM560 itu secepat mungkin. Ini juga telah mengugat kewibawaan Perdana Menteri yang tidak menepati janji kepada masyarakat India dalam banyak hal-hal yang lain.

ASEAN : REFORMASI PENYELESAIAN PERTIKAIAN PERLU UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI AFTA




KENYATAAN MEDIA
YB.V.SIVAKUMAR , AHLI PARLIMEN BATU GAJAH
DI BATU GAJAH PADA 11 APRIL 2014



‘ASEAN : REFORMASI PENYELESAIAN PERTIKAIAN PERLU
UNTUK MENINGKATKAN PRESTASI AFTA’

ASEAN Free Trade Area (AFTA) merupakan satu perjanjian perdagangan blok yang ditandatangani oleh negara-negara ASEAN untuk membantu pengeluar-pengeluar tempatan. Perjanjian AFTA telah ditandatangani pada 28hb Januari 1992 di Singapura, ketika itu melibatkan 6 negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Negara Thai. Selepas itu, Vietnam memasuki perjanjian AFTA pada tahun 1995 diikuti oleh Laos dan Myanmar pada tahun 1997 dan Cambodia pada tahun 1999.

Ketua-ketua negara ASEAN secara sebulat suara telah bersetuju untuk menubuhkan AFTA pada tahun 1992. Pada masa sekarang AFTA melibatkan 10 negara ASEAN. Semua empat negara yang memasuki ASEAN kemudian telah diwajibkan menandatangani AFTA sebagai syarat penerimaan keanggotaan dalam pertubuhan ASEAN. Walau bagaimanapun, beberapa syarat kelonggaran diberikan kepada negara-negara itu dari segi tempoh masa melaksanakan obligasi penurunan tarif AFTA. 

Matlamat utama AFTA adalah untuk meningkatkan daya saing negara-negara ASEAN di pasaran antarabangsa dalam bidang pengeluaran dengan cara menghapuskan halangan atau rintangan tarif & bukan tarif. Ini adalah untuk menjamin peningkatan aliran perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN. Selain daripada itu, AFTA juga bermatlamatkan untuk menarik lebih ramai pelaburan asing ke dalam negara-negara ASEAN. 

Kaedah asas untuk mencapai matlamat-matlamat yang digariskan itu ialah dengan melaksanakan Skim Keutamaan Tarif Samarata atau lebih dikenali sebagai The Common Effective Preferential Tariff (CEPT) scheme yang diwujudkan secara jadual berkala pada tahun 1992. Pendekatan pengurangan dan pemansuhan duti secara berperingkat ini dilaksanakan bagi membolehkan industri-industri tempatan membuat pengubahsuaian supaya dapat berdaya saing apabila duti impot diliberalisasikan sepenuhnya. 

Bagi menjawab soalan lisan saya pada 8hb April 2014, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi jawapan bertulis dengan mengatakan ASEAN telah mengambil langkah permulaan dengan mengurangkan dan memansuhkan duti impot secara berperingkat mulai 1hb Januari 1993 melalui CEPT. Walau bagaimanapun, mulai

1hb Januari 2010 Skim CEPT dengan rasminya telah digantikan dengan Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN atau ASEAN Trade in Goods Agreement (ATIGA).
Brunei, Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Negara Thai telah memansuhkan 99.2 % duti impot di bawah AFTA. Manakala Cambodia, Laos, Myanmar dan Vietnam pula telah memansuhkan duti impot sebanyak 72.57% sehingga Disember 2013. Negara-negara ini akan memansuhkan duti impot keatas semua produk pada 1hb Januari 2015. 

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh kerajaan, pada tahun 1992 iaitu satu tahun sebelum perlaksanaan AFTA dan Skim CEPT, perdagangan negara kita dengan negara ASEAN hanya pada kadar RM52.04 bilion. Selepas pelaksanaan CEPT di bawah AFTA iaitu pada tahun 1993, Malaysia mencatatkan peningkatan perdagangan sebanyak 11% kepada RM57.93 bilion.
Peralihan daripada skim CEPT kepada ATIGA pada tahun 2010, Malaysia telah mencatatkan RM305.93 bilion jumlah perdagangan dengan ASEAN. Pada tahun 2013, jumlah perdagangan dengan negara-negara ASEAN meningkat kepada RM374.71 bilion.

Jumlah perdagangan dengan negara-negara ASEAN mewakili 27.4% daripada jumlah dagangan global pada tahun 2013. Jumlah ini masih boleh ditingkatkan dengan strategi-strategi pemasaran yang lebih efektif. Walaupun ATIGA boleh dianggap sebagai pemangkin dalam meningkatkan puturan ekonomi di rantau ini, tetapi kerajaan juga harus mengenal pasti kaedah-kaedah lain untuk terus berdaya saing bukan sahaja di kalangan negara-negara ASEAN malah juga di peringkat global. 

Walaupun ekspot Malaysia ke pasaran ASEAN meningkat 7.2% pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012, saya merasakan adalah agak sukar untuk negara kita mengekalkan peratus peningkatan itu pada tahun 2014 dan 2015 kerana kelembapan ekonomi di rantau ini.
Walaupun perkiraan menunjukkan keuntungan yang agak besar untuk Malaysia melalui AFTA tetapi ada beberapa perkara yang masih perlu diperbetulkan dalam pelaksanaan perjanjian itu. Antara kekurangan dalam pelaksanaan AFTA secara efektif ialah seperti berikut :

1) Peraturan umum ialah 'local ASEAN content' mestilah sekurang-kurangnya 40% daripada 'Free On Board' nilai barangan tersebut. Pengekpot perlu memperolehi 'Borang D' daripada negaranya yang mengesahkan bahawa barangan itu memenuhi syarat 40% tersebut. Kemudian Borang D itu akan dikemukakan kepada pihak kastam negara yang mengimpot untuk memberi kelayakan kadar CEPT. Masalah timbul untuk membuktikan sesuatu barangan itu telah memenuhi syarat yang ditetapkan. Ini menimbulkan banyak kekeliruan dan masalah kepada setiap pihak dalam ‘ASEAN national customs authority' untuk menterjemaah dan melaksanakan syarat Borang D tanpa kordinasi yang menyeluruh.

2) Sekretariat ASEAN mempunyai kuasa untuk mengawas dan memastikan pematuhan tetapan-tetapan AFTA. Tetapi, ia tidak mempunyai kuasa perundangan untuk menguatkuasakan pematuhan oleh semua pihak yang terlibat dalam perdaganagan. Ini menyebabkan pembuatan 'ruling' yang tidak konsisten. Berbeza dengan EU dan NAFTA, tidak wujud mekanisme penyelesaian dalam bentuk 'join teams' dalam menangani masalah pematuhan dan menyiasat pelanggaran syarat oleh mana-mana pihak yang terlibat. Pada masa ini, Sekretariat ASEAN hanya boleh membantu dalam menjadi orang tengah dalam sesuatu pertikaian tetapi tidak ada kuasa untuk menyelesaikan pertikaian itu. 

3) ASEAN Protocol on Enhanced Dispute Settlement Mechanism, ASEAN Senior Economic Officials Meetings (SEOM) dan ASEAN Economic Community Council juga tidak mempunyai kewibawaan untuk menyelesaikan sebarang pertikaian di bawah perjanjian AFTA kerana persetujuan diperlukan daripada semua negara ASEAN untuk membolehkan proses pertimbangtaraan dimulakan. Sudah pasti, negara-negara yang terlibat dalam pertikaian itu tidak akan memberi persetujuan yang diperlukan.
Kerajaan Malaysia harus menyokong cadangan yang pernah dibuat oleh Setiausaha Agung ASEAN untuk membawa pembaharuan atau reformasi dalam menentukan mekanisme penyelesaian pertikaian supaya AFTA dapat ditadbir dan dilaksanakan dengan lebih berkesan.

DAP is not MCA 2.0


April 08, 2014
Wan Hamidi Hamid
DAP, or Democratic Action Party, is still seen by many as a political organisation with a lot of Chinese leaders and members. Therefore, it is often perceived as a Chinese party.
However, the real Chinese party in Malaysia is MCA or the Malaysian Chinese Association. Only Chinese join this party, and it is only interested in serving the Chinese community, although in practice it is more about the interest of the Chinese Malaysian capitalists and their government cronies.
Due to its Chinese characteristics, MCA is not an organisation for all Malaysians. It is only limited to the Chinese community who represent less than 25% of the country’s population.
By its minority nature, MCA is usually bullied by its de facto leader in the Barisan Nasional coalition – Umno – an ethnic Malay party claiming to represent most of the 60% of Malaysian population.
Umno was originally a Malay nationalist party formed in the 1940s but has transformed itself into some sort of a supremacist party of today – although there are some leaders and members who are not too happy with its current insular tendency.

For parties, such as MCA and its Indian-based counterpart MIC, they are trapped in a racial game where Umno leaders will always be in charge of everything. Umno will always lead merely by claiming racial superiority in terms of numbers, that is, Malays being the majority ethnic group in Malaysia.  
However, in reality, by selling the propaganda that Umno “protects” the Malays, Umno leaders and their cronies managed to keep the economic cake for themselves, leaving the poor Malays poorer while antagonising all other Malaysians who have no connections with the big business.
Such is a vicious cycle of a race-based political system. Under BN, it has become the epitome of racism; and racism hurts everyone, including the Malays who do not agree with the views of the Malay supremacists.

An example of this arrogance of power is when a government minister Datuk Seri Shahidan Kassim proposed that Malaysians should vote along racial lines. This means Malays vote for Malay candidates, Chinese vote for Chinese candidates and so on. If accepted, this could further segregate Malaysians who are already separated by race and religion.
So where does DAP fit into this scenario?
DAP is not a race-based party. It has never fought for merely the sake of Chinese community. It fights for the rights of all Malaysians.
Its first ever slogan was Malaysian Malaysia – where Malaysia belongs to every Malaysian, and not any person from any particular race or religion, where equal opportunity is the norm of our daily life.
From day one, DAP is a multiracial party. But the Umno-led government has used and continued to misuse state apparatus and the media to vilify DAP, to falsely accuse DAP of being racist.
After almost 50 years being fed with such a lie, it is not surprising some Malays believe it to be true. They believe that DAP is a Chinese party that fights only for the Chinese.
But it’s not just the Malays who believe it. Some Chinese believe it, too.
Apparently some of these Chinese actually joined DAP, thinking that DAP is MCA 2.0, that is, an alternative party for the Chinese Malaysian. These people must have thought that since MCA had failed to help them, DAP should be the next best choice.
The problem with this line of thinking is that it is racial in nature, and will only perpetuate segregation and racial hatred.
This is why it’s important for some DAP leaders and members to realise that DAP is a party for every Malaysian; its ideology is social democracy and its core values are freedom, justice and solidarity. It also believes in freedom of religion and that religion is personal. It is not for any particular ethnic group or any particular religious organisation.
However, screaming about idealism without putting into practice those good, positive fundamental values does not mean much in real life.
When all DAP members are clear about it, it will only be a matter of time they will work harder towards sharing the idea of DAP with all Malaysians; seeing everyone as Malaysian, as human being regardless of gender, and not as a race or a person representing a certain religion or belief. – April 8, 2014.
* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.
Copyright © 2014 - The Malaysian Insider