Jumaat, 29 Mei 2009

Pakatan Rakyat Perak Terima Sumbangan RM200,000

Seorang bekas jurutera yang bernama Encik Koon Yew Yin telah memberi sumbangan ikhlas sebanyak RM200,000 kepada Pakatan Rakyat Perak. Sumbangan ini diberikan sebagai tanda sokongan kepada Pakatan Rakyat.

Cek bernilai RM200,000 itu diberikan oleh Encik Koon Yew Yin kepada Dato Seri Nizar pada 24 Mei 2009 dalam program Pelancaran Puasa Sunat dan Mogok Lapar.

Pakatan Rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada En Koon Yew Yin kerana memberi sumbangan yang begitu besar. Kerelaan beliau untuk tampil ke hadapan memberi sumbangan ini adalah sesuatu amat dibanggakan dan dihormati.

Hidup Rakyat! Hidup Demokrasi!

1 ulasan:

  1. Salam sejahtera tuan speaker.

    Mr koon yew yin adalah orang yang jujur dan ikhlas walaupun beliau cina. cuba kita fikir apa dia dapat beri sumbangan kepada pakatan rakyat.baik beri pada mca atau barisan ansional dapat juga projek.tapi dia beri kepada pakatan rakyat.orang yg jujur akan dapat melihat ke ikhlasanya.

    BalasPadam