Ahad, 10 Mei 2009

Sivakumar Mengucapkan Selamat Hari Ibu


Saya mengucapkan selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di Malaysia. Sumbangan dan pengorbanan seorang ibu tidak boleh ditandingi dalam kehidupan seseorang. Kasih sayang ibu tidak pernah luntur. Setiap ibu mahukan anaknya berjaya dalam hidup. Tidak pernah seorang ibu mahu melihat anaknya kecundang atau dihina oleh sesiapa. Bagi seorang ibu, anaknya adalah permata yang tiada nilai tandingannya. Dalam Bahasa Tamil ada satu pepatah yang ingin saya terjemaahkan di sini, "Bagi seekor gagak, anaknya tetap anak emas". Maksudnya, walaupun rupa anak itu tidak cantik ataupun terdapat kecacatan dari segi fizikal atau moral, dalam apa keadaan sekali pun, bagi seorang ibu anaknya tetap istemewa.

Pagi ini, hati saya tergetas apabila mengimbas kembali zaman kanak-kanak saya. Begitu banyak pengorbanan yang dibuat oleh ibu saya. Walaupun saya datang dari keluarga yang sangat sederhana, tetapi ibu saya tidak pernah bertolak ansur dalam tanggungjawabnya untuk memdidik saya. Baginya kejayaan saya hanya boleh dicapai melalui pendidikan. Saya masih ingat, ibu saya selalu menasihati saya supaya jangan tinggalkan pelajaran dalam apa jua keadaan atau kesusahan. Saya tidak dibenarkan mengambil cuti sekolah walaupun sakit, kecuali dalam keadaan amat terdesak. Tetapi, ianya jarang-jarang berlaku. Saya faham isi hatinya. Impian ibu saya tercapai apabila saya menjejak kaki ke dalam menara gading pilihannya.

Kegembiraan ibu saya adalah tak terhingga sewaktu saya dipilih sebagai Speaker Dewan Negeri Perak yang dicintai. Peristiwa ini berlaku pada 25 April 2008 (gambar di atas). Tetapi, detik yang paling membanggakan ibu saya ialah apabila saya diheret keluar dari Dewan Negeri kerana berani memperjuangkan hak rakyat. Menurutnya, kesetiaan saya dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat telah membuat dirinya sebagai seorang ibu yang istemewa. Kata-katanya itu memberi rangsangan dan semangat baru dalam hati naluri saya. Di sini saya ingin merakamkan sembah dengan menyentuh tapak kaki ibu saya yang menjadikan segala-galanya dalam hidup saya. SELAMAT HARI IBU.

10 ulasan:

  1. Tuan Speaker YB Sivakumar,
    YB bukan saje hebat dalam mengendalikan DUN tetapi juga hebat sebagai seorang anak yang menghormati orang tua terutamanya IBU. Begitu terusik hati saya pagi ini bila membaca nukilan YB berkaitan pengorbanan IBU. Memang besar pengorbanan IBU kepada anaknya dan sewajarnyalah kita mengingati pengorbanan IBU ini dengan menyambut Hari IBU.

    BalasPadam
  2. sampaikan salam saya kepada ibu seorang wira, ibu tuan speaker sendiri.. selamat hari ibu :)

    BalasPadam
  3. http://batugajahpkr.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Tuan Speaker...

    Sepanjang krisis di Perak.. telah banyak kali saya menitiskan airmata, mengenangkan segala2nya yang berlaku di Perak.. Namun setelah saya memerhati sidang DUN 7 Mei sejak pagi hingga malam, ketika itu saya tidak sanggup menahan sebak bila melihat Tuan diheret keluar.. saya meluru ke tandas, lalu menangis sepuas2nya... Kepala berkecamuk dgn perbagai caci maki terhadap musuh PR.. Namun saya bangga mempunyai seorang yang bukan daripada bangsa saya sendiri sanggup diperlakukan sebegitu rupa semata2 mempertahankan prinsip demokrasi dan hak pemberian rakyat.. Benar sungguh kata2 Tuan spiker bahawa:

    Hidup Mengkhianati Rakyat Adalah Serupa Mati,
    Mati Membela Rakyat Adalah Serupa Hidup.

    Tuan Speaker,
    Perkara Yang Paling Sukar Untuk Dilakukan Adalah Permulaannya...

    BalasPadam
  5. Tuan Speaker
    Sebagai penyokong parti dan seorang warganegara Malaysia, pendirian YB amat membanggakan.Saya ingin memberitahu YB bahawa perjuangan belum tamat tetapi hanya bermula. Hari itu, bila saya melihat gambar-gambar yang dipaparkan dan video yang dirakamkan menunjukkan YB diheret keluar, air mata dititiskan tanpa sebarang sebab. YB adalah ahli dewan yang terhormat dan polis atau "officials" di sana sepatutnya bertindak secara civil dan bukan ala samseng. Tak apalah....hari penentuan akan sampai.

    BalasPadam
  6. Tuan speaker

    send my regard to your dad and mom. said that jamil the catman from kl ,perak person sending regard. when i be on oprah winfrey show on this august .i will mantion your name.i promise that.

    http://jamilthecatman.blogspot.com.

    BalasPadam
  7. YB Sivakumar, you have brought honour upon your parents and also inspired the Indian community with your acts of uprightness may you continue upon this path and struggle for the people. Many years from now parents will tell their children about an Indian from humble origins who rejected the corrupt advances of BN and instead chose to side with the people and endure political persecution.

    BalasPadam
  8. Siva is not a hero.. he's the traitor!

    BalasPadam