Ahad, 31 Mei 2009

Tidak Wajar Untuk PR Yang Mendapat 54% Undi Menjadi Pembangkang


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng, Satu daripada tindakan reformasi yang perlu dibuat oleh Perdana Menteri ialah menginstitusikan demokrasi dan kembalikan kuasa kepada rakyat dengan bersetuju membubarkan DUN Perak. Perdana Menteri mesti berani mengaku bahawa satu kesilapan telah dilakukan dalam menukar kerajaan Negeri Perak dengan kaedah yang bertentangan dengan perlembagaan dan bukannya melalui pilihanraya.

Rakyat mempunyai hak untuk menentukan siapakah kerajaan mereka. Adalah tidak wajar bagi BN yang mendapat undi hanya 45% rakyat memerintah negeri Perak. Manakala Pakatan Rakyat yang mendapat 54% undi popular pula menjadi pembangkang, kata beliau.

Beliau juga menegaskan bahawa, pilihanraya Bukit Gantang juga menandakan supaya DUN dibubarkan dan pilihanraya peringkat negeri diadakan. DS Nizar, Menteri Besar Perak yang sah telah diberi majoriti yang lebih besar.

Pengundi-pengundi Bukit Gantang dan Bukit Selambau patut dihargai kerana keberanian dan semangat mencintakan demokrasi dengan memilih Pakatan Rakyat yang berjuang untuk kebebasan, keadilan peluang sama untuk semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan