
YB V.Sivakumar telah menghadiri jamuan pilihanraya kecil pada 26 Mei 2009 di Moral Uplifting Society Tanah Liat, Penanti. Lebih kurang 2000 orang menghadiri jamuan tersebut. Antara penceramah-penceramah lain yang menghadiri jamuan itu ialah YB Lee Boon Chye, YB Tian Chua, YB Chan Li Kang dan lain-lain lagi.
YB V.Sivakumar dalam ucapannya mengesa pengundi-pengundi Penanti memberi kemenagan yang besar kepada Pakatan Rakyat. Beliau mengharapkan satu kemenagan majoriti yang besar dalam pilihanraya kecil ini. Kemenangan besar Pakatan Rakyat akan menjadi referendum untuk 2 isu iaitu:
1) rampasan kuasa kerajaan Perak oleh BN tidak dipersetujui oleh rakyat serata Malaysia.
2) menghentikan salah guna kuasa dan kekerasan oleh polis terhadap ahli-ahli politik dan orang awam.
Dalam ucapannya, beliau juga mencerita tentang insiden 14 orang yang ditangkap oleh polis pada pagi tersebut.
Krisis Perak bukan sahaja masalah negeri Perak semata-mata, kini ia juga telah menjadi satu isu nasional yang mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan