27 Feb 2014
Badan pemikir Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU)
Minggu lalu, penduduk di Lembah Klang dikejutkan dengan Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah yang dijalankan oleh Sime Darby Property Bhd bersama dengan kerjasama Fakulti Alam Bina, Universiti Malaya (UM), yang menyatakan bahawa rata- ratanya pendapatan isi rumah bulanan RM14,580 diperlukan bagi memiliki sebuah rumah di Lembah Klang atau, secara spesifik, RM12,300 di Kajang dan seumpamanya. Tambahan pula, kajian turut mendapati bahawa sesetengah penduduk di kawasan-kawasan tersebut berkemampuan untuk memiliki kediaman yang bernilai 56 kali ganda gaji mereka, dan juga mampu menampung perbelanjaan sehingga 26 kali ganda pendapatan isi rumah bulanan mereka bagi bayaran gadai janji!
Kajian mengenai trend perbelanjaan isi rumah semasa, harga rumah dan kadar gadai janji tersebut dilancarkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan, Datuk Abdul Rahman Dahlan, dan ia dikatakan bertujuan menentukan indeks berdasarkan lokasi untuk menggambarkan tahap mampu milik melibatkan 12 kawasan di sekitar Lembah Klang, termasuk Subang Jaya, Putra Height, Ara Damansara, Mont Kiara, Kajang, Nilai, Bukit Jelutong, Denai Alam, Bandar Bukit Raja dan Subang.
Selepas timbulnya kekeliruan dan juga kritikan di kalangan masyarakat, Sime Darby Property Berhad tampil menjelaskan bahawa kajian indeks tersebut adalah untuk memberi maklumat kepada akses perumahan, khususnya bagi penduduk Lembah Klang yang ingin menaik taraf atau melabur dalam rumah kedua. Menurut pihak Sime Darby Property Berhad, seramai 1, 529 responden dengan 1,183 orang di antaranya merupakan pemilik rumah di kawasan terpilih, dengan pendapatan purata RM14,580 yang diperlukan untuk memiliki kediaman di Lembah Klang. Kaji an ini tidak mencerminkan tahap pendapatan purata Negara. Lebih-lebih lagi, kajian tersebut tidak melibatkan pembeli rumah kali pertama, dan ia juga tidak merangkumi aspek perumahan mam pu milik.
Kemelut Kumpulan Pertengahan 40% yang terpinggir
Sementara penjelasan diberi bagi meredakan kritikan, Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah, walau bagaimanapun, telah mendedahkan trend harga perumahan yang kian melonjak tinggi, terumatanya di kawasan Bandar.
Badan pemikir, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) berpendapat, kajian indeks yang hanya boleh diambil sebagai rujukan oleh golongan berpendapatan tinggi tersebut bukan sahaja gagal mencerminkan tahap pendapatan rakyat Malaysia, seperti yang diakui oleh pihak Sime Darby Property Bhd, malahan memberi ruang kepada spekulasi yang bakal menyebabkan harga rumah di kawasan-kawasan tersebut membumbung tinggi.
Bagi kumpulan yang berpendapatan tinggi, sudah tentu mereka berpeluang lagi berkemampuan untuk menaiktaraf rumah yang sedia ada atau melabur dan membeli rumah yang kedua atau selebihnya; ini juga rasional syarikat atau korporat besar yang menetapkan sasaran mereka pada kumpulan berpendapatan tinggi 20% untuk memacukan pertumbuhan jualan dan keuntungan syarikat masing-masing.
Namun, menyedihkan sekali, 40% kumpulan pertengahan – di mana pendapatan isi rumah bulanan mereka masih berada dalam lingkungan kurang daripada RM5,000 secara purata, berkemungkinan besar tidak berpeluang untuk memiliki sebuah kediaman di kawasan Lembah Klang, seperti yang disenaraikan.
Menurut Laporan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah dan Kemudahan Asas 2012, pendapatan isi rumah bulanan purata di kawasan Bandar pada tahun 2012 ialah RM5,742, meningkat 6.6% berbanding dengan RM4,705 yang dicatat pada tahun 2009. Apabila ditelitikan pendapatan isi rumah bulanan purata masing- masing di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor, agar lebih sesuai dibandingkan dengan Kajian Indeks Pendapatan Isi Rumah yang dikemukakan bagi memiliki kediaman di Lembah Klang, pendapatan isi rumah bulanan purata di negeri- negeri tersebut pun masih belum mencatat pendapatan seperti yang dinyatakan oleh Sime Darby Bhd dan Fakulti Alam Bina, UM.
Jadual: Pendapatan isi rumah bulanan purata dan kadar pertumbuhan tahunan purata mengikut negeri, Malaysia, 2009 dan 2012
Negeri
|
2009
|
2012
|
Kadar Pertumbuhan Tahunan
|
W.P. Kuala Lumpur
|
5,499
|
8,586
|
14.9
|
W.P. Putrajaya
|
6,747
|
8,101
|
6.1
|
Selangor
|
5,962
|
7,023
|
5.5
|
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia
Nyatanya, pendapatan isi rumah bulanan purata seperti yang dibentangkan tersebut hanya sesuai diambil sebagai rujukan oleh kumpulan pendapatan tertinggi, iaitu golongan 20% teratas di Malaysia, di mana pendapatan isi rumah bulanan purata mereka mencecah jumlah lebih daripada RM12,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan