Khamis, 20 Oktober 2011

SJKT Changkat Memerlukan Kemudahan Komputer

Kenyataan Media YB V.Sivakumar ADUN Kawasan Tronoh , Timbalan Pengerusi DAP Perak pada 20 Oktober 2011 di Batu Gajah 

SJKT Changkat Memerlukan Kemudahan Komputer


SJKT Changkat, Batu Gajah merupakan antara sekolah Tamil yang terbesar di Daerah Kinta. Sekolah ini mempunyai 470 murid-murid yang datang dari Batu Gajah dan sekitarnya. Jumlah pelajar semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana minat dan kepercayaan  ibubapa  terhadap sekolah Tamil. Oleh itu, sekolah-sekolah Tamil haruslah  mendapat perhatian yang sewajarnya daripada pihak kerajaan. Sekolah besar yang mempunyai bilangan  murid-murid  yang ramai ini hanya mempunyai 12 buah komputer untuk kegunaan murid-murid.

12 buah komputer ini sudah pasti tidak mencukupi untuk kegunanaan 470 murid-murid. Tambahan pula usia komputer ini juga agak tua iaitu lebih kurang 6 tahun. Bilangan komputer yang kurang dan sudah hampir ketinggalan zaman  ini akan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam kata lain, pihak kerajaan harus mengantikan komputer-komputer ini dalam masa yang terdekat untuk membolehkan murid-murid sekolah  tersebut  dapat menikmati kemudahah-kemudahan asas seperti sekolah-sekolah lain.

Dicadangkan supaya 40 buah komputer baru disediakan untuk SJKT Changkat pada peringkat permulaan. Ini  dapat mengurangkan masalah kekurangan komputer yang sedia wujud di sekolah ini. Saya percaya pihak kerajaan akan menambahkan bilangan komputer bagi semua sekolah-sekolah Tamil dari masa ke semasa. Saya telah menerima aduan daripada beberapa orang ibubapa berhubung dengan perkara ini. Oleh yang demikian saya telah  mengutarakan masalah ini kepada Menteri Pelajaran dan Pengarah Pelajaran Negeri Perak untuk perhatian dan tindakan selanjutnya.

YB V.Sivakumar

1 ulasan:

  1. eh... ada lagi ker anak tempatan yg tak dapat komputer... tak kanlah begitu sebab sekolah rendah kat bahau anak indon pun dah dapat laptop... ada juga yg dari melaka kautim dgn org dalam pi kutip laptop dari daerah bahau... apa lah punya bonggak m'sia ni... dah kata dah kalau bagi pentadbiran kpd makhluk2 boddoh akan hanchur negara...

    BalasPadam