Program Kelas Komputer Untuk Menanam Minat Muda
Pusat Khidmat DUN Tronoh telah menganjurkan kelas computer percuma selama 2 hari untuk 42 orang warga Batu Gajah. Program percuma ini telah diadakan di Pusat Khidmat DUN Tronoh, Batu Gajah pada 10 dan 11 September 2011. Program ini dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang dilantik oleh K-Perak. Matlamat program ini diadakan adalah untuk menanam minat terhadap teknologi maklumat kepada orang-orang yang mempunyai pendedahan yang kurang dalam pengendalian komputer.
Program ini bertujuan memberi pendedahan ringkas menggunakan aplikasi Photoscape. Setelah menjalani latihan tersebut pelajar-pelajar sudah boleh menggunakan aplikasi itu untuk menyunting gambar dan membuat pelbagai rekabentuk. Pendedahan seperti ini adalah sangat penting untuk membolehkan anak-anak muda kita menaruh minat dalam bidang komputer. Masa lapang mereka boleh digunakan dengan lebih baik mempelajari aplikasi-aplikasi komputer yang lain.
Semua pelajar-pelajar telah memberi sambutan yang baik dan meminta supaya program sedemikian diadakan dari masa ke semasa. Pusat Khidmat DUN Tronoh akan terus berusaha mengadakan program-program seperti ini untuk kebaikan masyarakat setempat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan