Khamis, 6 Oktober 2011

Media View : Berapakah Jumlah Peruntukkan bagi Sekolah-sekolah Tamil di Perak? (MAKKAL OSAI 06OKT11)


ADUN Tronoh, V. Sivakumar, ingin mengetahui berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk Sekolah-sekolah Tamil?

Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah wang bagi Sekolah-sekolah Tamil untuk meningkatkan prestasi sekolah-sekolah Tamil ini. Peruntukkan ini adalah digunakan untuk pemulihan dan pembaikan bangunan sekolah-sekolah Tamil yang berada di dalam keadaan buruk. 

Kerajaan Selangor telah memberikan peruntukan sebanyak RM4 juta bagi 97 buah Sekolah Tamil di Selangor, iaitu dalam purata, RM41 000 bagi sebuah Sekolah Tamil. Manakala, Kerajaan Pulau Pinang telah memberikan peruntukan sebanyak RM1.75 juta bagi 28 buah Sekolah Tamil, iaitu, purata sebanyak RM62 500 bagi sebuah Sekolah Tamil.

Di Perak, terdapat 134 buah Sekolah Tamil. ADUN Tronoh, V. Sivakumar meminta Dato' S. Veerasingam, selaku Penasihat Khas Menteri Besar Perak dan Pengerusi MIC Perak, untuk memberitahu berapakah jumlah wang yang telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Perak untuk Sekolah-sekolah Tamil di Perak sepanjang tahun 2011.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan