Khamis, 13 Oktober 2011

Khidmat Guaman Percuma Di Pusat Khidmat DUN Tronoh


Khidmat Guaman Percuma Di Pusat Khidmat DUN Tronoh

Pusat Khidmat DUN Tronoh telah mengadakan program Khidmat Guaman Percuma untuk penduduk-penduduk Batu Gajah dan sekitarnya. Program ini telah diadakan pada 24/9/2011. Ia dibantu oleh 3 orang peguam Pakatan Rakyat iaitu Augustine Augustine, Baldip Singh dan Leong Cheok Keng. Sebanyak 11 kes telah dirunding secara percuma pada petang itu di Pusat Khidmat DUN Tronoh. Tujuan program ini diadakan untuk membantu orang-orang miskin yang memerlukan khidmat nasihat guaman secara percuma. V.Sivakumar, ADUN kawasan Tronoh mengucapkan terima kasih kepada semua peguam-peguam yang berkerjasama membantu menjayakan program ini. Oleh kerana sambutan yang baik daripada orang ramai, program seperti ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan