Isnin, 1 Ogos 2011

Media Post : Mendapat MyKad Selepas 18 Tahun



Kenyataan Media YB V.Sivakumar pada 1/8/2011 di Batu Gajah

Puan Komala A/P Palinisamy yang berumur 30 tahun telah berjaya memperolehi kad pengenalan MyKad selepas menanti 18 tahun.

Beliau tidak memohon untuk kad pengenalan pada umur 12 tahun disebabkan perkara-perkara yang tidak dapat dielakkan.

Beliau terpaksa melalui banyak halangan dan kesusahan selama 18 tahun kerana tidak memiliki kad pengenalan.

Beliau telah berkahwin pada tahun 1997 iaitu 13 tahun yang lalu secara upacara adat di sebuah kuil.

Oleh kerana beliau tidak memilki kad pengenalan perkahwinan beliau tidak dapat didaftarkan di Pejabat Pendaftaran Negara.

Dari hasil perkahwinan ini, pasangan suami isteri tersebut telah dikurniakan 4 orang anak.

Di dalam surat lahir anak-anak itu tidak terkandung nombor kad pengenalan ibu.

Ini menimbulkan banyak masalah terutama apabila membuat pendaftaran sekolah.

Puan Komala juga mendapati sukar untuk mencari kerja kerana masalah kad pengenalan. Oleh yang demikian beliau terpaksa menjadi seorang suri rumah tangga.

Ini menjadi satu halangan untuk meningkatkan status sosio-ekonomi keluarga mereka.

Pasangan suami isteri ini telah datang berjumpa YB V. Sivakumar beberapa bulan yang lepas. Beliau telah membawa mereka sendiri ke JPN untuk membuat permohonan kad pengenalan dan membantu mereka dalam permohonan tersebut.

Kini Puan Komala dan keluarga dapat melihat cahaya kerana berjaya memperolehi kad pengenalan MyKad.

Seterusnya Pusat Khidmat DUN Tronoh akan membantu menguruskan pendaftaran perkahwinan pasangan itu dan mengemaskinikan surat lahir keempat-empat orang anak mereka.


华都亚也8月1日讯



Puan Komala a/p Palinisamy 今年30岁,她在等候了18年后,终于领取到了她的身份证-大马卡。她12岁那年因为一些不得已的因素而没有去申请身份证,这造成她十八年来没有身份证,当中遇到许多的不便和阻扰。她在13年前结婚时就不能和丈夫办理注册手续,只是通过神庙进行婚礼仪式。她的四名孩子报生纸上,由于她的母亲身份没有身份证号码而形成孩子办入学手续时,产生许多麻烦。


除此之外,她在应征工作时也因为没有身份证而受到影响,她只能留在家里当一名家庭主妇。几个月前,她与丈夫到民主行动党端洛区州议员西华古玛服务中心寻求帮助,由西华古玛亲自带领她们到登记局协助申请大马卡,如今KOMALA终于见到曙光,成功领取了她的身份证,她与丈夫很欢喜的持着大马卡向西华古玛致谢。西华古玛表示接下来将协助她办理结婚证书和孩子报生纸事宜。


图: 30岁的KOMALA手持大马卡向西华古玛致谢, 左一起:西华古玛,KOMALA丈夫,其他为行动党端洛区内党要.

























2 ulasan:

  1. Good job, Sivakumar. Malaysia is lucky to have people like you.

    BalasPadam
  2. Good job, Sivakumar. Malaysia is lucky to have people like you.

    BalasPadam