YB DS Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin N51 Pasir Panjang P59 Bukit Gantang |
MESYUARAT KEDUA PENGGAL KEEMPAT
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
DEWAN NEGERI PERAK KE-12
MULAI 15hb OGOS 2011
SOALAN-SOALAN:
1. Minta penjelasan Exco Agama, berapakah jumlah pegawai penyiasat Pejabat Baitulmal Daerah? Sejauh ini berapa banyakkah kes yang disiasat pegawai penyiasat berjaya diselesaikan? Berapakah jumlah kes yang berjaya diselesaikan dan yang masih dalam siasatan? Berapa banyak peruntukan dikeluarkan untuk fakir miskin, OKU, anak yatim , mereka yang berhutang dan lain-lain?
2. Minta penjelasan Exco Pertanian, sejauhmanakah JPS (Jabatan Parit dan Saliran) berjaya membantu untuk membersih sungai dan saliran? Masih terdapat banjir kilat terus berlaku khususnya di kampung.
3. Setiap setinggan Kereta api Tanah Melayu Berhad di Daerah Larut, Matang dan Selama seramai 339 orang yang dibanci pada 26 September 2001 bersetuju dengan tawaran kerajaan negeri Perak (melalui Pejabat Daerah dan Tanah Larut & Matang), diberikan tapak rumah kediaman lengkap dengan kemudahan asas (Rancangan Perkampungan Tersusun). Tawaran ini dijanjikan pada Mesyuarat Penerangan Pengosongan Rumah pada 28 Mei 2008 di Dewan Majlis Perbandaran Taiping.
Dalam jangka masa dua (2) tahun, semasa tempoh menyiapkan tapak Perkampungan Tersusun para setinggan akan diberi kos sewa rumah sebanyak RM 300/= (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus) sebulan oleh KTMB (telah dilaksanakan oleh KTMB). Kos sewa rumah ditambah setahun lagi kerana Pejabat Daerah dan Tanah Larut & Matang tidak dapat menyiapkan penempatan semula setinggan. Kos sewa rumah berakhir pada bulan Jun 2011.
Soalannya, sejauhmanakah perkembangan penempatan semula setinggan Keretapi Tanah Melayu Berhad di Daerah Larut & Matang dan siapa yang membiayai kos sewa rumah mereka rentetan dari kelewatan menyiapkan Perkampungan Tersusun?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan