Khamis, 4 Ogos 2011

Media Post : Peruntukan Kewangan Untuk Kuil Subramaniar Batu Gajah

Kenyataan Media YB V.Sivakumar ADUN Tronoh pada 3/8/2011 di Batu Gajah

Berapakah Sumbangan Kerajaan Negeri Kepada Kuil Sri Subramaniar Batu Gajah


Memandangkan Kuil Sri Subramaniar Batu Gajah merupakan satu satunya kuil yang besar di kawasan ini, saya ingin mengetahui berapakah sumbangan uang kerajaan Negeri berikan kepada pengurusan kuil tersebut.

Bagi menguruskan kuil yang besar seperti Kuil Sri Subramaniar ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Tambahan pula, Kuil ini juga menyambut perayaan tahunan 'pangguni uthiram' secara besar-besaran pada tiap-tiap tahun. Juga, pemimpin-pemimpin MIC sering dijemput dalam upacara dan perayaan-perayaan kuil tersebut. Maka adalah wajar untuk pemimpin-pemimpin MIC ini mendapatkan sumbangan atau peruntukan daripada pihak kerajaan negeri untuk membantu kuil ini. Adalah tidak wajar pemimpin-pemimpim MIC yang berada dalam kerajaan datang semata-mata untuk publisiti tetapi tidak mendapatkan sebarang peruntukan kepada pihak kuil tersebut.

Saya tidak menuduh kerajaan atau MIC kerana tidak pernah membantu kuil tersebut. Saya hanya mahu mengetahui berapakah jumlah peruntukan atau sumbangan yang diperolehi oleh kuil ini daripada kerajaan negeri melalui bantuan pemimpin-pemimpin MIC. Jika pihak MIC pernah membantu kuil ini pada tahun 2009, 2010 dan 2011 maka saya memohon supaya satu pendedahan terbuka dibuat untuk pengetahuan orang ramai.

Saya difahamkan kerajaan negeri memperuntukkan sejumlah wang yang besar untuk membantu kuil-kuil dan rumah-rumah ibadat. Tujuan saya membangkitkan isu ini adalah murni kerana saya tidak mahu sebuah kuil besar yang terletak di DUN saya tidak mendapat peruntukan yang sewajarnya.

Saya memohon kepada kerajaan negeri menjawab soalan saya ini dengan segera. Jika saya tidak mendapat jawapan daripada pihak kerajaan atau pemimpin-pemimpin MIC negeri Perak, saya akan membangkitkan isu ini dalam Persidangan Dewan Negeri Perak yang bakal diadakan pada 15/8/2011 nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan