MULAI 15hb OGOS 2011
SOALAN-SOALAN LISAN :
1. Minta Kerajaan Negeri maklumat apa tindakan Jabatan Pelajaran Negeri terhadap guru-guru yang tidak siuman.
2. Minta Kerajaan Negeri mengapa Pihak Berkuasa Tempatan tidak mengambil tindakan atau pakai sikap “menutup mata” terhadap tuan punya bangunan kedai yang menambah satu atau dua tingkat ke atas bangunan yang sedia ada memandangkan “foundation” bangunan tidak boleh menampung keberatan yang menyelebihi bangunan sedia ada tersebut; yang akan mengakibatkan bangunan di sebelah mengalami kerata dinding dan sebagainya.
3. Minta Kerajaan Negeri mengapa Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tidak memotong lalang-lalang dan semak di tepi sungai- sungai sehingga menyumbat saliran air sungai yang mengakibatkan banjir kilat, terutamanya di Sungai Jebong, Taiping.
SOALAN-SOALAN BERTULIS :
1. Minta Kerajaan Tempatan:
(i) sejak bila tapak penjaja kawasan Larut Matang dan Selama terutamannya di Pasar pagi dan malam Kamunting di swastakan;
(ii) apakah terma-terma dan syarat-syarat penswastaan tersebut; dan
(iii) samada terma-terma dan syarat-syarat penswastaan tersebut akan menjamin hak jangka sewaan penjaja-penjaja?
2. Minta Kerajaan Tempatan mengapa kereta-kereta sampah (dumper trucks) dan tong-tong sampah yang besar kepunyaan Pihak Berkuasa Tempatan sentiasa dalam keadaan yang rosak dan bocor; yang mengakibakan air sampah busuk bocor dan mencemarkan jalan dan udara?
3. Minta Kerajaan Tempatan:
(i) samada penswastaan kerja-kerja mengutip sampah di kawasan jagaan Kerajaan Tempatan di seluruh Negeri Perak, terutamannya di Dearah Larut Matang dan Selama berkesan dan satu kejayaan;
(ii) kalau penswastaan kerja-kerja mengutip sampah itu satu kegagalan samada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan kembali menjadi pihak yang menjalankan tanggung jawab tersebut mengunakan kaki-tangan PBT; dan
(iii) jika PBT terutamanya Majlis Perbandaran Taiping (MPT) sering mengalami kekurangan kewangan dan tenaga manusia untuk menjaga kemudahan awam; mengapa Kerajaan Negeri tidak menambah peruntukan kewangan dan tenaga manusia kepada MPT untuk menyelesaikan masalah-masalah kemudahan awam?
4. Minta Kerajaan Negeri memberi dan umumkan nilai tanah untuk seluruh Negeri Perak untuk pengiraan “premium” untuk membarui/pemanjangkan pajakan-pajakan tapak rumah.
5. Minta Kerajaan Negeri memandangkan ada pembinaan perumahaan baru di kawasan Larut dan Matang; samada jalan baru akan dibinakan untuk menyambung kawasan-kawasan perumahan ini dan di mana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan