Jumaat, 1 April 2011

SIDANG DEWAN NEGERI PERAK KE-12

Soalan-soalan Lisan dan Bertulis oleh

YB Loke Chee Yan, ADUN Kepayang (DAP)

Bagi Mesyuarat Pertama Penggal Ke4

Dewan Negeri Yang Ke-12 Perak Darul Ridzuan

Mulai 12 April 2011




Soalan Lisan :

1) Apakah '' status '' ataupun Rancangan Pihak Berkuasa berkenaan dan pihak kerajaan negeri terkini untuk mengatasi kebanjiran (isu sejak tahun 2000) di kawasan FAIR-PARK Ipoh iaitu '' BOTTOM NECK '' Pengairan yang menghala ke Sg. Kinta?

2) Adakah ataupun apa rancangan untuk membina semula oleh pihak kerajaan negeri Perak di tempat PASAR BESAR IPOH iaitu bahagian gerai-gerai jualan ayam?

3) Pertanyaan kepada pihak kerajaan negeri Perak, apakah rancangan untuk mengatasi ataupun meningkatkan ruangan untuk tempat letak kereta di kawasan terutamanya di Pusat Perdagangan Greentown Ipoh dan juga kawasan di Pekan Lama ?


Soalan Bertulis :

1). Apakah yang menyebabkan kerajaan negeri menawarkan pengurusan tanah yang diperuntukkan bagi pembangunan sekolah Tamil kepada Yayasan Perak dan bukannya kepada NLFCS yang berpengalaman yang mampu membayar wang premiumnya?

2). Keadaan Pasar Awam Kampung Baru Bali, Tronoh dalam keadaan yang buruk.

i) Adakah kerajaan berhasrat untuk membina semula pasar awam Kampung Baru Bali?

ii) Jika ya, bilakah kerajaan bercadang untuk memulakan kerja-kerja pembinaan?

iii) Jika tidak, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk membaik pulih pasar yang sedia ada? 3). Berapakah sumbangan atau peruntukan kerajaan yang diberikan kepada rumah-rumah ibadat seperti Masjid, Tokong Cina, Kuil Hindu, Tokong Buddha, Gudwara dan lain-lain pada tahun 2009 dan 2010 mengikut daerah di Negeri Perak?

4). Nyatakan jumlah pengambilan pekerja di Majlis Bandaraya Ipoh, Majlis-majlis Perbandaran dan Majlis-majlis daerah di seluruh Negeri Parak pada tahun 2009, 2010 dan 2011 mengikut kaum.

5). Nyatakan semua tanah lebih dari 100 ekar yang telah diluluskan oleh kerajaan Perak kepada individu dan pihak swasta dalam tahun 2009, 2010 dan 2011. Berikan nama pemilik atau syarikat yang menerima tanah tersebut dengan keluasannya sekali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan