Jumaat, 1 April 2011

HAKISAN TEBING SG. SELINSING

Tebing Sungai Selinsing mengalami hakisan yang sangat ketara dalam beberapa bulan yang lalu kerana hujan yang lebat. Aduan telah dibuat oleh penduduk-penduduk Kampung Baru Nalla. Mereka risau bahawa hakisan ini akan mengakibatkan masalah lain pada masa yang akan datang. Mereka amat risau banjir akan berlaku seperti dahulu. Hakisan ini dapat dilihat berhampiran dengan kelubong di jalan masuk ke Kampung Baru Nalla. Hakisan ini telah megakibatkan tebing runtuh di beberapa tempat.

Saya telah melawat tapak yang mengalami hakisan yang teruk ini. Hakisan tanah ini memang kelihatan dengan jelas.

Saya telah menulis surat kepada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perak Dato Abdul Razak memohon supaya pihak JPS menghantar pegawai-pegawai teknikal untuk mengkaji dengan teliti hakisan ini. Ini adalah penting kerana dapat menyelesaikan masalah pada peringkat awalan. Jika dibiarkan, keadaan akan menjadi semakin buruk dan akan menelan kos baikpulih yang banyak.

Saya juga bersedia untuk turun padang bersama-sama pegawai JPS untuk menyelami masalah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan