Kenyataan Media V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah, Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia, Timbalan Pengerusi DAP Perak. Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Negeri Perak pada 1 Julai 2021 di Batu Gajah
Adalah sungguh mengejutkan untuk mengetahui kes bunuh diri di negara kita semakin meningkat sejak kebelakangan ini. Hampir setiap hari kita mendengar ada saja orang yang membunuh diri.
Gambar-gambar dan video-video membunuh diri disebarkan di laman media sosial. Fenomena ini menjadi topik hangat perbualan di kalangan seluruh rakyat Malaysia. Masalah ini melibatkan orang-orang yang mengalami tekanan hidup yang melampau.
Punca kes- kes bunuh diri ini adalah berbeza-beza. Walau bagaimanapun, peningkatan kes bunuh diri sejak awal tahun 2020 sehingga sekarang adalah disebabkan oleh pandemik Covid-19. Rakyat amat terkesan akibat daripada penularan corona virus yang telah menggangu pekerjaan atau perniagaan mereka.
Pendapatan isu rumah telah berkurangan disebabkan oleh pandemik ini. Di tambah pula dengan tekanan- tekanan lain yang mengakibatkan stress yang melampau. Ini mendorong seseorang yang lemah dari segi emosi memilih untuk membunuh diri sebagai jalan terakhir.
Setakat ini, kerajaan Perikatan Nasional telah gagal mengawal keadaan. Walaupun data-data menunjukkan peningkatan yang agak drastik, tetapi tidak ada usaha yang konkrit. Jarang sekali kita mendengar Menteri-menteri kerajaan Perikatan Nasional mengulas tentang isu ini.
Setiap hari lebih kurang 80 hingga 100 orang meninggal dunia disebabkan oleh Covid-19. Ditambah pula dengan purata 3 kematian setiap hari disebabkan oleh membunuh diri. Mengikut satu lapuran, sebanyak 468 kes bunuh diri telah direkodkan bagi tempoh 5 bulan pertama iaitu daripada bulan Januari sehingga Mei 2021. Di negeri Selangor sahaja sebanyak 117 kes direkodkan bagi tempoh masa yang sama.
Statistik -statistik yang mengerunkan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Langkah-langkah yang lebih efektif perlu dilaksanakan dengan segera untuk membendung masalah ini.
Komuniti juga perlu sentiasa berwaspada terhadap orang-orang disekeliling kita yang menunjukkan tanda-tanda kemurungan dan stress.
Bantuan segera harus diberikan kepada mereka yang memerlukannya. Jika tidak kes bunuh diri akan terus meningkat dan menjadi satu lagi masalah sosial dikalangan rakyat Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan